Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Perahu Naga Terbuka Lawas 2026 perkukuh kerjasama serantau
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Perahu Naga Terbuka Lawas 2026 perkukuh kerjasama serantau

Utusan Sarawak 5 hours ago
KERJASAMA SERANTAU…Henry Sum dan Awangku Jinal Abedin pada perasmian Regata Perahu Naga Terbuka Lawas Edisi Kedua 2026 di Tebingan Sungai Lawas, hari ini.

LAWAS: Penganjuran pelbagai program yang melibatkan rakan dari negara jiran, Brunei, serta wilayah brdekatan seperti Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berupaya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata acara seperti Regata Perahu Naga Terbuka Lawas Edisi Kedua 2026 wajar dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar program tahunan Pejabat Daerah serta Pejabat Residen Bahagian Limbang.

“Program ini bukan sahaja menghidupkan suasana di bandar Lawas, malah menjadi platform perpaduan antara rakyat tempatan dan peserta dari negara serta wilayah jiran.

“Kita mahu semangat perpaduan dan kerjasama ini bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat di seluruh negeri Sarawak tetapi juga penduduk di sekitar Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei,” katanya ketika merasmikan Regata Perahu Naga Terbuka Lawas Edisi Kedua 2026 di Tebingan Sungai Lawas, hari ini.

Sebanyak 39 penyertaan melibatkan peserta dari Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei mengambil bahagian dalam perlumbaan perahu naga edisi kedua itu.

Henry berharap kerjasama antara wilayah terbabit dapat diperluaskan dalam bidang ekonomi, pelancongan dan sektor lain bagi merancakkan ekonomi serantau.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan serta pengurus pasukan dari Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Brunei.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Generasi muda perlu jadi peneraju kelestarian alam sekitar
Next: Pekan Trusan bergerak tepat di landasan menjadi bandar sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.