Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Lingga edisi ketiga bukti potensi pelancongan daerah baharu Lingga
  • Tengah
  • WILAYAH

Regata Lingga edisi ketiga bukti potensi pelancongan daerah baharu Lingga

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Annuar Rapaee mewakili Premier Sarawak pada Majlis Perasmian Regata Lingga Edisi Ketiga di Tebingan Lingga, hari ini. Foto: JAPEN Sri Aman

LINGGA: Selaras dengan penaiktarafan Daerah Lingga sebagai daerah baharu, pembangunan pelbagai sektor khususnya pelancongan perlu dilaksanakan secara seiring bagi memastikan pertumbuhan sosioekonomi setempat terus diperkasakan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penganjuran Regata Lingga yang kini memasuki edisi ketiga merupakan antara pemangkin utama dalam memperkenalkan Daerah Lingga sebagai destinasi pelancongan berpotensi tinggi.

“Seperti yang telah dimaklumkan, penganjuran Regata Lingga telah memasuki edisi ketiga. Pada awalnya ia dikenali sebagai Pesta Lingga dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan di tebing Sungai Batang Lupar sejak 2010, malah kewujudannya bermula sejak era 1970-an,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee semasa berucap pada Majlis Perasmian Regata Lingga Edisi Ketiga di Tebingan Lingga, hari ini.

Menurut Abang Johari, Pesta Lingga yang dahulunya tertumpu kepada aktiviti sungai telah diberi nafas baharu apabila diadakan semula secara tahunan bermula 2014, sebelum disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Sarawak pada 2018 dan dijenamakan semula sebagai Regata Lingga.

Regata Lingga Edisi 2025 menampilkan pelbagai pengisian menarik dengan acara utama regata yang menghimpunkan 41 pasukan dari seluruh Sarawak serta penyertaan antarabangsa dari Brunei Darussalam. Daripada jumlah itu, 29 pasukan merebut gelaran Raja Sungai manakala 12 pasukan bersaing bagi gelaran ‘Battle of Titans’.

Selain itu, acara sampingan seperti Miss Regata Lingga, Battle of the Band dan pelbagai aktiviti komuniti turut diadakan bagi menarik kehadiran ratusan malah ribuan pengunjung ke Daerah Lingga.

“Dengan kepelbagaian aktiviti ini, ia secara langsung menyokong agenda pelancongan Daerah Lingga selaras dengan statusnya sebagai Daerah Baharu.

“Saya memuji usaha keras Jawatankuasa Induk Regata Lingga serta semua wakil rakyat, jabatan dan agensi yang terlibat dalam mengangkat pelancongan di daerah ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penganjuran edisi kedua tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan, sekali gus menjadi asas kukuh kepada kejayaan penganjuran tahun ini yang berjaya menarik penyertaan luar negara.

Sehubungan itu, masyarakat setempat digesa agar mengambil peluang mempamer, memperkenal dan menjual produk tempatan, sekali gus merancakkan ekonomi komuniti.

“Regata Lingga telah membuktikan bahawa daerah baharu juga mampu menganjurkan acara bertaraf antarabangsa.

“Penduduk Lingga wajar berbangga dan terus menyokong usaha ini bagi memastikan daerah ini berada pada landasan tepat ke arah merealisasikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030,” ujarnya.

Beliau berharap sokongan padu dan komitmen berterusan semua pihak terhadap Jawatankuasa Induk Regata Lingga akan terus memacu industri pelancongan di Daerah Lingga dan Bahagian Sri Aman, sekali gus meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; ADUN Simunjan, Awla Dris; Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh dan Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Banjir Kampung Tanjung Belipat surut, laluan ke Kampung Kuala Tangap masih ditenggelami air
Next: Pemuda PBB Kabong sepakat sokong Dato Mohd Chee Kadir terus pimpin DUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.