Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Regata Bintulu 2025 menyatukan semula komuniti melalui warisan sungai
  • Utara
  • WILAYAH

Regata Bintulu 2025 menyatukan semula komuniti melalui warisan sungai

Utusan Sarawak 5 hours ago
DETIK perlepasan perlumbaan perahu oleh Iskandar Turkee, yang menandakan permulaan salah satu acara sukan air sempena Regata Bintulu 2025 di Sungai Kemena hari ini.

BINTULU: Regata Bintulu 2025 mengembalikan semula tradisi warisan sungai yang menjadi kebanggaan masyarakat pesisir apabila acara itu kembali dianjurkan selepas lebih sedekad menyepi, sekali gus menyatukan semula komuniti dalam sebuah pesta yang pernah menjadi nadi kegiatan sosial daerah ini.

Penganjuran dengan penyertaan 17 pasukan dari Bintulu, Ulu Belaga dan kawasan sekitar itu menandakan kepulangan satu tradisi lama yang pernah menghimpunkan penduduk pelbagai kaum di sepanjang Batang Kemena untuk meraikan sukan air sebagai identiti bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, kelangsungan regata adalah bukti bahawa warisan sungai masih dekat di hati masyarakat meskipun ia tidak diadakan untuk tempoh yang begitu panjang

ISKANDAR Turkee dan Pegawai Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan merakam gambar bersama penganjur selepas Perlepasan Lumba Perahu sempena Regata Bintulu 2025 di Sungai Kemena, Bintulu hari ini.

“Regata ini bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu tradisi yang menghubungkan generasi.

“Apabila kita menyusuri Sungai Kemena tadi, kita melihat penduduk menghias jelatong dan rumah mereka untuk memberi semangat” katanya.

Beliau berkata, keterlibatan komuniti menghias jelatong masing-masing dan memberi sokongan kepada pasukan menunjukkan bahawa regata tetap menjadi simbol perpaduan dan budaya pesisir Sarawak.

“Semangat itu kembali hidup hari ini. Kita dapat merasakannya melalui sorakan penduduk, sambutan pengunjung dan kesungguhan setiap pasukan yang bertanding,” katanya ketika ditemui selepas Perlepasan Lumba Perahu sempena Regata Bintulu 2025 di Sungai Kemena di sini, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran regata juga berpotensi menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi daerah apabila ia mendapat tarikan sehingga mampu menjadi sebahagian daripada produk pelancongan Bintulu.

PENDUDUK dan pasukan peserta dari sebuah jelatong memberi sokongan kepada regata, menjadikan kawasan pesisir sungai itu meriah sepanjang penganjuran Regata Bintulu 2025

“Pesta regata seperti ini menarik pelancong dan setiap pelancong membawa perbelanjaan.

“Ini memberi manfaat langsung kepada peniaga kecil serta industri sokongan,” ujarnya.

Beliau turut mengajak penduduk dari daerah sekitar seperti Sebauh, Tatau, Mukah, Balingian, Sibu dan Miri untuk hadir ke Pier 99 bagi turut serta merayakan budaya sungai yang menjadi warisan bersama.

Regata Bintulu 2025 berlangsung sehingga Ahad ini dengan pelbagai acara air, persembahan dan aktiviti tradisi dijadualkan sepanjang penganjuran.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Program bantuan sekolah ringankan beban keluarga B40
Next: Pertemuan kontraktor–ketua kaum diwajibkan pastikan projek kampung berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.