MARUDI: Regata Baram Marudi yang telah dijadualkan pada 24 hingga 27 Ogos 2023 telah ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok menerusi kenyataan hari ini berkata, penundaan tarikh Regata Baram berkenaan disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan oleh pihak jawatankuasa penganjur.
Susulan penundaan, pihak Majlis Daerah Marudi memohon maaf atas segala kesulitan dan kerjasama daripada semua pihak berhubung perkara tersebut.