Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Redknapp pilih Liverpool, Arsenal calon utama juara EPL
  • SUKAN

Redknapp pilih Liverpool, Arsenal calon utama juara EPL

Utusan Sarawak 19 hours ago

Redknapp ramal perebutan takhta EPL milik Liverpool, Arsenal. - Foto AFP

LONDON: Jamie Redknapp menamakan dua pasukan pilihannya untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Liverpool memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan 4-2 ke atas Bournemouth di Anfield yang penuh emosi, Jumaat lalu.

Skuad kendalian Arne Slot itu, yang menjuarai liga dengan kelebihan 10 mata musim lalu, hampir berputih mata apabila Bournemouth bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menyamakan kedudukan.

Namun Liverpool kembali garang dengan dua jaringan lewat permainan sekali gus memastikan tiga mata pertama dalam kempen 2025-26.

Seteru utama, Manchester City yang juga pasukan paling berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, turut memulakan musim dengan langkah kanan selepas membelasah Wolves 4-0 di gelanggang lawan.

City yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ketiga selepas prestasi mengecewakan, pastinya terubat dengan kemenangan bergaya itu.

Sementara itu, Arsenal yang muncul naib juara tiga musim berturut-turut akan membuka tirai kempen menentang Manchester United, malam ini.

Chelsea pula yang dianggap sebagai ‘kuda hitam’ bakal memulakan saingan dengan derbi London menentang Crystal Palace.

Namun, Redknapp menganggap Liverpool dan Arsenal sebagai dua calon utama merebut takhta musim ini, mendahului City, sambil menegaskan juara bertahan masih kekal sebagai ‘pasukan untuk ditewaskan’.

“Jika Liverpool berjaya dapatkan Alexander Isak dan Marc Guehi, mereka hampir memiliki antara skuad terbaik dalam sejarah EPL,” kata bekas pemain tengah England itu kepada Hayters.

“Saya masih percaya Liverpool akan jadi pasukan untuk ditewaskan, sama ada mereka dapatkan Isak ataupun tidak.

“Arsenal juga ada peluang. Pembelian pemain baharu memberi harapan besar. Saya rasa (Martin) Zubimendi akan sama penting dengan (Viktor) Gyokeres kerana dia jadi penghubung di bahagian tengah.

“Dia pemain muda yang begitu berbakat. Arsenal akan beri saingan sengit, mereka pasukan bagus, hanya perlukan sedikit tuah.

“Saya jangka perebutan kejuaraan akan jadi pertarungan epik antara dua pasukan ini (Liverpool dan Arsenal).

“City ada kelebihan dengan kembalinya Rodri, itu bagus buat mereka. Tapi saya masih fikir mereka akan pincang tanpa Kevin De Bruyne.”

Continue Reading

Previous: 450 peserta dari 18 negara bakal gegar acara KIBTM 2025
Next: Aqib X Kampung Boy FC tempah slot separuh akhir, ikat LA United 1-1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.