Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • REDEEMS terima RM3.6 juta
  • SEMASA

REDEEMS terima RM3.6 juta

Utusan Sarawak 4 years ago
SIAPKAN PROJEK… Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek berjumlah RM3.6 juta kepada Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak yang diwakili oleh presidennya, Datuk Peter Nansian Ngusie di pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, di Kuching semalam.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyerahkan cek kepada Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Presiden REDEEMS, Datuk Peter Nansian Ngusie ketika ditemui media berkata, penyerahan cek tersebut merupakan penambahan daripada cek yang diterima sebelum ini bagi menyiapkan projek Kampung Budaya Bidayuh di Pusat REDEEMS.

“Hari ini (semalam) kita menerima RM3.6 juta dan dahulu kita menerima RM2 juta, jadi jumlah keseluruhan yang diberi Ketua Menteri sebanyak RM5.6 juta.

“Sebelum itu, kita juga dapat dana daripada Kerajaan Pusat untuk rancangkan projek ini,” katanya.

Jelasnya projek berkenaan telah siap 70 peratus dan akan dibuka secara rasmi pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, Peter Nansian merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Pusat dan Negeri atas peruntukan yang diberi.

Continue Reading

Previous: LANGKAH PENULARAN TAMAT
Next: Letak guru Tadika, Taska dalam kategori barisan hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.