Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Redah kawasan pedalaman 10km demi mendidik anak bangsa
  • TEMPATAN

Redah kawasan pedalaman 10km demi mendidik anak bangsa

Utusan Sarawak 6 months ago

PUTRAJAYA: Pengorbanan seorang guru tidak terhad kepada bilik darjah malah melangkau cabaran fizikal dan teknikal demi memastikan anak murid mereka berjaya.

Mike Jonathan John, 28, guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Serupai, Tatau, Sarawak, menjadi contoh nyata pengorbanan seorang pendidik yang bersungguh-sungguh menabur bakti di kawasan pedalaman.

Ketika ditemu bual selepas Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-48 hari ini, beliau berkongsi pengalaman penuh cabaran bagaimana dirinya mengatasi kesukaran mengajar di kawasan yang serba kekurangan.

Antara cabaran terbesar dihadapi beliau ialah masalah liputan Internet yang lemah, memaksanya keluar sejauh 10 kilometer (km) dari rumah selepas waktu mengajar bagi mencari sambungan Internet yang lebih stabil bagi menyediakan bahan pembelajaran. 

“Lokasi yang mempunyai liputan Internet yang baik biasanya di bawah jambatan Kuala Tatau,” jelas Mike yang hari ini bergelar lulusan Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Bagaimanapun, cabaran itu tidak mematahkan semangatnya walaupun terpaksa naik ke bangunan sekolah pada waktu malam untuk mendapatkan sambungan Internet demi menyelesaikan persiapan mengajar untu keesokan hari. 

“Saya juga mengambil inisiatif membeli signal booster bagi menguatkan liputan Internet untuk kegunaan mengajar dan belajar pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata liku-liku yang dilaluinya sebagai seorang guru di kawasan pedalaman menjadi pembakar semangat dalam melanjutkan pengajian demi memastikan dirinya mampu menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar yang lebih baik.

“Saya sering berpesan kepada anak murid saya agar menjadi seorang yang berpendidikan dan insan berguna kepada keluarga, masyarakat serta keluarga.

“Walaupun kita datang daripada keluarga yang jauh dari bandar namun pendidikan adalah keutamaan untuk mengubah kehidupan keluarga dan diri kita,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Litar Lumba Gedong bertaraf antarabangsa dibina – Abang Johari
Next: 305 nelayan Matu/Daro terima elaun sara hidup lebih RM928,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.