Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RECODA rancang laksana projek SIP2 tarik pelaburan ekonomi hijau
  • TEMPATAN

RECODA rancang laksana projek SIP2 tarik pelaburan ekonomi hijau

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SUMBANGAN… Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di bawah jagaan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) pada Majlis Rumah Terbuka Rindok Raya anjuran Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) di sini hari ini. Turut hadir ketiga-tiga timbalannya, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datuk Ismawi Ismuni. Foto BERNAMA

KUCHING: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) di Sarawak sedang merancang untuk membangunkan Taman Perindustrian Samalaju Dua (SIP 2) bagi menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ismawi Ismuni.

Beliau berkata pembinaan taman perindustrian kedua itu perlu menekankan aspek pelaburan ke arah tenaga hijau, kecerdasan buatan dan teknologi tinggi, selari dengan hasrat kerajaan Sarawak.

“Setakat ini, hampir kesemua tanah perindustrian di SIP pertama berkeluasan 8,000 hektar itu telah dijual kepada pihak pelabur dan kini hanya tinggal 134 hektar.

“Ini bermakna kerajaan ketika ini perlu buat rancangan untuk SIP kedua bagi menarik lagi pelabur datang ke kawasan tersebut mengikut pelaburan yang dikehendaki kerajaan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rindok Raya RECODA, di sini hari ini.

Ismawi berkata perancangan untuk membina SIP 2 masih dalam peringkat kajian khususnya dari sudut kebolehlaksanaan.

Ismawai berkata projek SIP terletak di Bintulu, setakat ini mempunyai 14 pelabur diluluskan dengan jumlah pelaburan RM55.07 bilion terutamanya dalam industri pembuatan keluli dan solar.

Sementara itu, beliau berkata penubuhan RECODA bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menjadi antara legasi Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“SCORE merupakan antara lima koridor ekonomi utama dibangunkan Tun Abdullah dan kita lihat kesemua koridor ini menunjukkan kejayaan besar dari segi pelaburan, pembangunan infrastruktur serta projek sosioekonomi yang dilaksanakan.

“Ini telah memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan…bagi projek SIP sahaja kita telah mewujudkan 20,171 peluang pekerjaan,” katanya. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perkukuh peranan peneraju tenaga hijau Asia Tenggara
Next: Eddy Nayoi dilantik pengerusi baharu, angkat sumpah berlangsung lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.