Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rebut peluang timba ilmu di Kem Wushu Mukah 2025
  • SUKAN

Rebut peluang timba ilmu di Kem Wushu Mukah 2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEM Wushu Taolu dan Wushu Sanda Bahagian Mukah 2025 disertai 80 peserta berumur antara 5 hingga 21 tahun, termasuk peserta dari kawasan Oya dan Dalat. Foto UKAS

MUKAH: Peserta Kem Wushu Taolu dan Wushu Sanda Bahagian Mukah 2025 digalakkan untuk mengambil peluang sebaik mungkin bagi menimba pengalaman sepanjang berlangsungnya kem tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menegaskan bahawa segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sewaktu kem perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Peluang ini amat penting bagi membantu peserta, khususnya dalam memperkasa pembangunan sukan wushu di Bahagian Mukah.

“Melalui pengalaman yang dikumpul sepanjang kem ini, ia pasti memberi kelebihan kepada peserta dalam meningkatkan prestasi, sama ada di peringkat bahagian, negeri mahupun lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem Wushu Taolu dan Wushu Sanda Bahagian Mukah 2025 yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon, kelmarin.

AKSI peserta menerusi Wushu Taolu dan Wushu Sanda. Foto UKAS

Dalam pada itu, Royston turut memaklumkan bahawa Persatuan Wushu Mukah kini telah berdaftar secara rasmi di bawah Persatuan Wushu Sarawak, sekali gus memudahkan laluan untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, dengan langkah ini, Persatuan Wushu Mukah berpotensi untuk bersaing bersama persatuan lain dari seluruh negeri.

Tambah beliau, usaha ini akan memberi impak positif kepada pembangunan sukan di kawasan Mukah.

Royston turut mengumumkan pemberian geran sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Wushu Mukah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti mereka.

Kem ini disertai oleh 80 peserta berumur antara 5 hingga 21 tahun, termasuk peserta dari kawasan Oya dan Dalat.

Antara jurulatih yang terlibat dalam kem tersebut ialah jurulatih dari Wushu Sanda Sarawak, Lyde Lait dan Ling New Lung Yong serta bekas atlit Sukma, Arifah Khairul Kok, Vanness Lim Song Yi dan Fong Chai Xin.

Turut hadir Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip; pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Mukah, Kueh Peng Choon; Penghulu Henry Lee Liong Ing, Kapitan Ting Siew Leong dan Pengerusi Persatuan Wushu Mukah, Ho Ing Siong. – UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: West Ham kalahkan United di Old Trafford
Next: Arnold diejek penyokong Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.