Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • RCEP magnet pelaburan ASEAN diperkukuh lagi
  • BISNES

RCEP magnet pelaburan ASEAN diperkukuh lagi

Utusan Sarawak 3 years ago

PELABURAN ASEAN… Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Majlis Perniagaan bukan ASEAN
menggiatkan usaha meningkat dan memudahkan peluang perdagangan dan pelaburan dirantau ini.

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Majlis Perniagaan bukan ASEAN menggiatkan usaha meningkat dan memudahkan peluang  perdagangan dan pelaburan di rantau ini untuk memanfaatkan perkongsian ekonomi komprehensif serantau (RCEP) yang berkuat kuasa awal tahun ini.

Bercakap kepada Bernama bersempena dengan ulang tahun ke-55 ASEAN, pengerusi ASEAN-BAC,  Tan Sri Dr Munir Abdul Majid berkata, tidak diragui lagi RCEP menawarkan peluang ekonomi yang amat besar terutamanya apabila ekonomi anggota sedang berusaha untuk bangkit kembali pasca-Covid-19.

Apabila ia mula berkuat kuasa, perjanjian perdagangan itu akan membuka laluan bagi penciptaan kawasan perdagangan bebas terbesar dunia. Di Malaysia, RCEP berkuat kuasa pada 18 Mac 2022.

“Dari sisi positifnya, perjanjian perdagangan bebas serantau terbesar dunia ini adalah 30 peratus daripada hampir segala-galanya  daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, populasi dan sebagainya. Tetapi, dari sisi negatifnya, ia masih hanya 30 peratus daripada segala-galanya, bukan 100 peratus.

“Akan ada pertumbuhan serantau ini dan pada masanya, peningkatan dalam 30 peratus itu akan menjadikannya platform serantau utama bagi meluaskan aktiviti dan kerjasama ekonomi serta sebagai peringatan adalah lebih baik sekiranya terdapat keterbukaan lebih meluas di seluruh dunia dan pemahaman mengenai perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Menurut data oleh Bank Dunia, perjanjian itu akan mencakupi 2.3 bilion orang atau 30 peratus daripada penduduk dunia, menyumbang US$ 25.8 trilion atau kira-kira 30 peratus daripada KDNK global dan menyumbang bagi US$ 12.7 trilion, lebih satu perempat daripada perdagangan global dalam barangan dan perkhidmatan dan 31 peratus daripada aliran masuk pelaburan langsung asing global.

Namun, Munir berkata, memiliki RCEP adalah suatu yang berharga untuk dimanfaatkan dan China nampak akan peluang ini.

Apabila perjanjian itu berkuat kuasa, China telah menerbitkan garis panduan nasional bagi pelaksanaan RCEP berkualiti tinggi dalam enam bidang, iaitu perdagangan dan pelaburan, menaik taraf pembuatan, kerjasama bagi standard, sokongan kewangan, persekitaran perniagaan, dan perkhidmatan sokongan bagi perusahaan. 

“Usaha-usaha juga akan dibuat untuk mengembangkan penjelasan renminbi. China menyasarkan pelbagai pasaran. Pelaksanaan untuk mencapai objektif strategik dirancang di peringkat tempatan dan wilayah,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Jika pemberian subsidi tidak dilaksanakan
Next: Lebih 30 cadangan dikemukakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.