KUCHING: Kelab Rotary Sentral Bintulu (RCBC) berdedikasi untuk membantu penduduk tempatan menerima rawatan perubatan, khususnya di lokasi terpencil.
Kelab RCBC dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada 152 klinik pedalaman di Sarawak.
Dengan peruntukan tajaan sepenuhnya Latter-day Saint Charities (LDSC) berjumlah RM1.28 juta, 153 peralatan perubatan sudah kini sedia akan akan dihantarkan ke semua 12 Pejabat Kesihatan bahagian untuk diedarkan kepada klinik-klinik dalam Bahagian yang tertentu masing masing.
Menurut Setiausaha RCBC Linnie sumbangan itu bertujuan mengurangkan beban hospital umum di bandar-bandar dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan perubatan yang lebih bermutu dan bertaraf tinggi
“Tidak lama lagi, pesakit luar bandar boleh pergi ke klinik desa terdekat untuk menerima rawatan perubatan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Penaiktarafan kelengkapan perubatan ini bertujuan untuk memperkasakan empat komponen utama dalam kesihatan umum iaitu penjagaan rawatan kepada ibu mengandung, penjagaan dan rawatan kepada bayi dan kanak-kanak, rawatan kecemasan dan kritikal, dan pengesanan awal terhadap penyakit kronik.
Presiden RCBC, Allen Wong Ching Seng berkata merekq ingin mengambil kesempatan ini, bagi pihak RCBC untuk mengucapkan terima kasih kepada penaja utama, LDS Charities kerana menyumbangkan peralatan tersebut kepada Sarawak.
Pada masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana meluluskan dan memberikan kerjasama untuk kelangsungan projek ini.
Penolong Pengarah yang mewakili Pengarah JKNS juga berkata, Dr Rosemawati Ariffin berkata sumbangan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi kegunaan di klinik dan hospital Kementerian Kesihatan yang telah disenaraikan.
“Pihak kami amat berbesar hati menerima sumbangan ini, seterusnya dapat mengurangkan sedikit beban kepada anggota kesihatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya pada majlis sidang media penyerahan peralatan perubatan di Kafe Feast Furious pada Khamis.
Tambahnya, sesi flag-off bagi penyerahan sumbangan pada 25 November 2022 yang disaksikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuching.