Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RC/VEP utara dilaksana tahun depan
  • NASIONAL

RC/VEP utara dilaksana tahun depan

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 7 Dis -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong keluar dari dewan selepas menyaksikan undian belah bahagian bagi rang undang-undang perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Seri Dr. Wee Ka Siong keluar dari dewan selepas menyaksikan undian belah bahagian bagi rang undang-undang perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa pada Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Projek Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di kawasan utara akan dilaksanakan tahun depan dengan penawaran tender secara terbuka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

“Peruntukan yang disediakan (dalam Belanjawan 2021) adalah untuk memulakan RC/VEP di peringkat utara,” katanya,ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Peruntukan kementerian itu kemudian diluluskan di peringkat jawatankuasa melalui undi belah bahagian apabila 109 ahli Parlimen menyokong, 94 tidak setuju dan 17 tidak hadir.

Terdahulu, Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) ketika perbahasan meminta penjelasan Kementerian Pengangkutan mengenai peruntukan RM10.68 juta bagi RC/VEP utara yang terkandung dalam anggaran perbelanjaan Belanjawan 2021.

Dalam pada itu, Wee mengumumkan tempoh usia kenderaan awam khususnya teksi yang telah luput usia dilanjutkan secara automatik selama setahun bagi membantu mereka yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Kalau dahulu (teksi) 10 tahun luput usia, tidak boleh pakai lagi, sekarang boleh lanjut setahun, kita akan melihat keadaan. Mereka ini mungkin tidak ada duit, jadi inilah kementerian boleh buat untuk membantu mereka,” katanya.

Wee turut menjelaskan sebanyak RM23.32 juta diperuntukkan untuk kos guaman bagi kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak dengan peluru berpandu semasa berada di ruang udara kawasan konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Katanya, Malaysia menanggung 30 peratus daripada kos perbicaraan kes itu yang meragut kesemua 298 penumpang dan anak kapal terdiri daripada 43 rakyat Malaysia, 193 warga Belanda dan 27 rakyat Australia.

“Tujuan kita membelanjakan kos ini ialah kerana ini adalah pesawat Malaysia,kita nak pastikan mereka yang melakukan kesalahan akan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Wee berkata, kementerian itu diperuntukkan RM6.052 bilion dalam Belanjawan 2021, meliputi perbelanjaan mengurus yang berjumlah RM1.877 bilion atau 31 peratus dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.175 bilion atau 69 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Beliau berkata, peruntukan pembangunan itu adalah bagi pelaksanaan 78 projek pembangunan yang merangkumi 20 projek baharu dan 58 projek sambungan.

Katanya, peruntukan keseluruhan kementerian meningkat 67.5 peratus berbanding Belanjawan 2020 yang berjumlah RM3.614 bilion.

“Kementerian percaya peningkatan Belanjawan 2021 adalah selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 (DPN) yang menjadi teras pembangunan pengangkutan mampan dan efisien,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM lancar Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030
Next: Nama calon MB Perak dapat sokongan majoriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.