Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Razarudin sah tamat kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun ini
  • NASIONAL

Razarudin sah tamat kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun ini

Utusan Sarawak 14 hours ago

Razarudin (kanan) menerima potret daripada Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusof (kiri) pada Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI di Kompleks Institut Pengajian Tasauwuf, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini, selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata hasrat itu turut didorong oleh permintaan ibunya, Rahmah Abdul Rahman, 86, yang menasihatinya supaya tidak menyambung kontrak demi memberi laluan kepada individu baharu.

“Ini adalah program terakhir saya, insya-Allah kalau tiada apa-apa 20 Jun ini Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur akan berlaku.

“Pertama sekali saya kena beritahu, ibu saya memang kalau boleh dia cakap jangan sambung lagi (kontrak) dan sepatutnya saya habis kontrak memang tidak perlu sambunglah.

“Apabila ibu saya berhasrat begitu, saya akur. Sebutan daripada mulutnya ialah satu doa, saya tidak berani ingkar dengan apa yang dikehendaki ibu saya,” katanya kepada pemberita pada Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 Ketua Polis Negara di Kampung Parit Seberang di sini hari ini.

Razarudin berkata hajat itu kemudian disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tiada keperluan untuknya menyambung kontrak lagi kerana tempoh dua tahun itu sudah memadai dan kini perlu ada pengganti baharu.

Razarudin dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau yang dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kumpulan pertama jemaah haji negara selamat tiba di tanah air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.