
LAWAS: Mahkamah Tinggi Limbang menolak rayuan seorang lelaki berhubung sabitan dan hukuman kes dadah pada 15 Disember lalu.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jonathan Lim Hsi How, manakala keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Tuan Hamid Ismail.
Tertuduh, 43, sebelum ini disabitkan di bawah Seksyen 12(2) dibaca bersama Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun serta tiga sebatan bermula dari tarikh sabitan pada 17 April lalu.
Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Lawas, Monica Linsua, bagaimanapun ditolak. Hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan dikekalkan atas kesalahan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 14.76 gram.