Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan perenang desak penamatan larangan berenang di Sungai Spree, Berlin
  • GLOBAL

Ratusan perenang desak penamatan larangan berenang di Sungai Spree, Berlin

Utusan Sarawak 3 hours ago
SUNGAI Spree, Berlin. Foto agensi.

BERLIN: Beberapa ratus penduduk Berlin menyertai protes berenang semalam bagi membantah larangan mandi-manda dan berenang di Sungai Spree yang telah berkuat kuasa lebih satu abad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap persatuan Flussbad Berlin berkata, seramai 500 perenang dan 500 lagi peserta demonstrasi berkumpul di tebing sungai itu.

Dengan suhu menghampiri 30 darjah Celsius, para peserta mula memasuki terusan Sungai Spree di tengah bandar Berlin sekitar tengah hari. 

Antara yang turut serta ialah Steffen Krach, calon utama Parti Demokratik Sosial (SPD) bagi pilihan raya negeri Berlin pada September ini.

“Singkirkan larangan berenang yang telah berusia 101 tahun!” tuntut persatuan itu.

Aktiviti mandi-manda dan berenang di bahagian Sungai Spree yang merentasi pusat bandar Berlin tidak dibenarkan sejak 20 Mei 1925. 

Ketika itu, peningkatan pencemaran sungai dan risiko kesihatan berkaitan menjadi alasan utama larangan terbabit.

Persatuan itu, yang turut mengadakan protes serupa tahun lalu, menggesa supaya kawasan ujian untuk aktiviti berenang diwujudkan terlebih dahulu sebelum lebih banyak lokasi dibuka jika sesuai. 

Peraturan pada masa ini melarang sepenuhnya aktiviti mandi-manda dan berenang di Sungai Spree di kawasan pusat bandar.

Senat Berlin, iaitu pihak berkuasa tertinggi bandar itu, setakat ini tidak melihat keperluan untuk meminda peraturan berkenaan atau memberikan pengecualian.

Menurut pihak berkuasa, kualiti air boleh merosot secara mendadak, misalnya selepas berlakunya ribut petir.

Aktiviti berenang di sungai-sungai utama Eropah semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Semasa Sukan Olimpik Paris 2024, acara triatlon telah diadakan di Sungai Seine, namun beberapa peserta dilaporkan jatuh sakit selepas berenang di sungai itu. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Pengasas bersama Ubisoft terkorban dalam nahas pesawat di Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.