Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ratusan pengunjung saksikan fenomena gerhana bulan penuh di Planetarium Negara
  • SEMASA

Ratusan pengunjung saksikan fenomena gerhana bulan penuh di Planetarium Negara

Utusan Sarawak 3 days ago
FENOMENA gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai Blood Moon dirakam di Kuala Ibai, awal pagi ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hampir 500 pengunjung membanjiri Planetarium Negara di sini  seawal 9 malam tadi bagi menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau blood moon dalam Program Pencerapan anjuran agensi berkenaan.

Bagaimanapun, fenomena itu tidak dapat dilihat sepenuhnya akibat cuaca kurang baik tetapi orang ramai masih berpeluang menyaksikan gerhana bulan penumbra sekitar 11.30 malam.

Gerhana bulan penumbra berlaku ketika fasa bulan penuh apabila cahaya bulan menjadi suram akibat terlindung oleh bumi. Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar dan memerlukan bantuan teleskop yang dihalakan ke arah Timur.

TIMBALAN Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei (depan dua, kanan) ketika membuat tinjauan berikutan gerhana bulan di Planetarium Negara hari ini. Foto Bernama

Pengunjung, Norazura Mohd, 38, berkata pengalaman kali pertama bersama anak-anak melihat fenomena itu menggunakan teleskop merupakan pendedahan awal mengenai ilmu astronomi.

“Anak kedua saya memang meminati bidang astronomi dan sangat teruja apabila mengetahui tentang program ini. Walaupun tidak berkesempatan melihat fenomena blood moon, sekurang-kurangnya mereka dapat tengok sendiri gerhana bulan penumbra menggunakan teleskop. Pendedahan seperti ini sangat bermanfaat,” katanya kepada Bernama. 

Bagi Farisha Azmira Mohd Naim, 27, pula beliau datang ke program itu semata-mata teruja untuk melihat ‘bulan berdarah’ atau blood moon buat kali pertama sambil menyifatkan fenomena itu sebagai bukti kekuasaan Ilahi.

“Saya mengetahuinya dari media sosial rasmi Planetarium Negara dan datang seawal 9 malam dari Meru, Klang bersama rakan-rakan untuk melihatnya. Walaupun tiada rezeki tetapi saya sangat berpuas hati kerana dapat merasai suasana seperti ini bersama orang awam sekali gus mendekatkan diri dengan alam semesta ciptaan Tuhan,” katanya.

FENOMENA gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai Blood Moon berjaya dirakam hari ini. Foto Bernama

Sebanyak lima teleskop disediakan termasuk satu khusus bagi siaran langsung di media sosial rasmi Planetarium Negara.

Sementara itu, Pengarah Planetarium Negara Mohd Zamri Shah Mastor dilapor berkata perubahan warna bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari daripada sampai terus ke bulan, namun sebahagian cahaya masih berjaya melepasi atmosfera.

“Fenomena gerhana kali ini bermula 11.28 malam Ahad dengan fasa penumbra sebelum mencapai puncak sekitar 2.00 pagi dan berakhir pada 4.55 pagi,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei.

Fasa gerhana bulan terdiri daripada Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Temasya Warisan Pahang 2025
Next: Lo Khere Chiang clarifies that Malaysia was born in 1963, not 1957

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.