Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok kru kabin Lufthansa
  • GLOBAL

Ratusan penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok kru kabin Lufthansa

Utusan Sarawak 11 hours ago
RATUSAN penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok kru kabin Lufthansa. Gambar hiasan.

BERLIN: Mogok kru kabin Lufthansa menyebabkan ratusan penerbangan di Jerman dibatalkan pada Jumaat, sekali gus menjejaskan rancangan perjalanan ribuan penumpang menjelang penghujung cuti Easter, lapor Xinhua.

Di Lapangan Terbang Frankfurt, sebanyak 580 daripada 1,350 jadual berlepas dan mendarat dibatalkan pada Jumaat, menurut pengendali lapangan terbang Fraport, sambil menjelaskan yang kebanyakan pembatalan melibatkan Lufthansa. Sekitar 75 peratus penerbangan berlepas yang dirancang dari Frankfurt oleh syarikat penerbangan itu turut dibatalkan, berdasarkan jadual penerbangan.

Kesatuan kru kabin, UFO, menggesa sekitar 20,000 kru kabin menghentikan kerja sehingga 10.00 malam waktu tempatan (2000 GMT) dalam usaha memecahkan kebuntuan rundingan buruh dengan Lufthansa dan unit serantaunya, Cityline.

Kesatuan itu mendakwa syarikat penerbangan berkenaan menuntut waktu kerja yang jauh lebih panjang serta enggan berunding mengenai perjanjian sosial berkaitan penutupan Cityline yang dirancang tahun depan.

Ini adalah mogok buruh utama ketiga melibatkan Lufthansa tahun ini, selepas dua siri mogok juruterbang sebelum ini. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sandwic ‘jambon beurre’ Paris kini jadi hidangan premium
Next: MoU Stipendium Hungaricum diperbaharui, 40 biasiswa untuk pelajar Malaysia ke Hungary

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.