Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
  • GLOBAL

Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco (SFO) apabila ratusan penerbangan mengalami kelewatan dan pembatalan susulan angin kencang serta penutupan sementara ruang pelepasan Terminal 1 pada Jumaat. Foto Agensi

SAN FRANCISCO: Ratusan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Amerika Syarikat, mengalami kelewatan dan pembatalan pada Jumaat berikutan angin kencang serta penutupan sementara ruang pelepasan di Terminal 1, lapor Xinhua.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware, sebanyak 432 penerbangan ditangguhkan manakala 26 penerbangan dibatalkan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat memaklumkan pesawat yang tiba mengalami kelewatan purata selama satu jam 44 minit akibat keadaan cuaca dan angin kencang.

Dalam perkembangan berasingan, ruang pelepasan di Terminal 1 ditutup selama lebih satu jam pada pagi Jumaat, sebelum dibuka semula sekitar jam 10.45 pagi waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan Terminal 1 dikosongkan sekitar 8.00 pagi waktu tempatan selepas polis San Francisco menemukan satu “pakej mencurigakan.”- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Seorang terbunuh, empat cedera dalam kejadian tembakan di California Selatan
Next: Polis tahan lelaki tikam tiga wanita di Metro Paris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.