Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan pekerja Twitter letak jawatan
  • GLOBAL

Ratusan pekerja Twitter letak jawatan

Utusan Sarawak 2 years ago

Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.

HOUSTON: Beratus-ratus pekerja Twitter dilaporkan telah meletak jawatan pada Khamis.

Hal itu berlaku menjelang tarikh akhir pelaksanaan perubahan ketara dengan menambah jumlah masa bekerja seperti  yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat media sosial itu, Elon Musk sebelum ini.

“…selepas 12 tahun, saya telah meninggalkan Twitter,” tulis Satanjeev Banerjee di Twitter, lapor Agensi Anadolu. 

Musk sebelum ini dilaporkan akan memberhentikan 7,500 kakitangan Twitter hanya dua minggu lalu selepas mengambil alih syarikat itu yang menyaksikan ramai pekerja mula meletak jawatan. 

Twitter mempunyai kira-kira 2,900 pekerja sebelum Musk menghantar e-mel pada Rabu menuntut etika kerja diperbaiki kepada mereka yang mahu kekal dengan platform itu.

Pekerja yang memutuskan untuk meninggalkan Twitter telah dimaklumkan bakal menerima pampasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji.

“Twitter telah pun mula merekrut jurutera luar untuk melihat sama ada mereka mahu menyertai “Twitter 2.0 – sebuah syarikat Elon,” menurut The Verge. – Bernama

Continue Reading

Previous: Saintis Vietnam temui agen antikanser daripada sekam padi
Next: “Pengampunan” akaun Twitter yang disekat bermula minggu depan – Elon Musk 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.