Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratusan pekerja scam dari China dihantar pulang
  • GLOBAL

Ratusan pekerja scam dari China dihantar pulang

Utusan Sarawak 3 months ago
FAIL… Pekerja pusat penipuan dari China semasa dihantar pulang menaiki pesawat di Lapangan Terbang Mae Sot di Mae Sot di Wilayah Tak, Thailand baru-baru ini. Foto AFP

BANGKOK: Ratusan warga China yang dibebaskan dari pusat penipuan dalam talian di Myanmar dihantar pulang dari Thailand, dengan kerajaan itu berkata ia bertujuan menghantar pulang 1,500 pekerja seminggu.

Thailand, Myanmar dan China dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah berusaha untuk menghapuskan sindiket penipuan siber haram di sempadan Thailand-Myanmar.

Di bawah tekanan daripada Beijing, Myanmar telah menumbangkan beberapa kompaun scam tersebut, membebaskan sekitar 7,000 pekerja dari lebih dua dozen negara.

Sekitar 600 warga China dihantar pulang dari Myanmar melalui Thailand dua minggu lalu.

Sementara itu, ketiga-tiga negara itu telah mengadakan perbincangan di Bangkok untuk mengatur pemindahan selanjutnya pada minggu lalu.

Jurucakap kementerian luar Thailand, Nikorndej Balankura memberitahu bahawa sekumpulan lagi pekerja warga China telah dihantar pulang, tanpa menyatakan bilangannya.

Beliau menambah, Thailand merancang menghantar pulang 1,500 orang setiap minggu, atau 300 setiap hari, dengan penghantaran pulang warga China setiap Rabu, Khamis dan Jumaat.

“Isnin dan Selasa untuk penghantaran warga asing lain termasuk warga Afrika, dengan kementerian menyelaras dengan kedutaan asing untuk membantu penghantaran segera,” katanya.

Pekerja-pekerja sindiket penipuan itu mengatakan mereka telah ditipu untuk bekerja di situ, memperdaya orang ramai dalam talian dengan penipuan pelaburan, percintaan dan perjudian. Selain itu, mereka juga telah didera.

Seorang pekerja dari Rwanda memberitahu bahawa dia telah diseludup masuk ke salah satu kompaun, yang mana dia telah diseksa dan wangnya dirampas..

“Ia satu cabaran yang besar. Jika saya pulang ke rumah saya juga akan menghadapi cabaran yang besar,” katanya. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Peneroka haram Israel terus ceroboh Masjid Al-Aqsa ketika Ramadan
Next: Siklon Alfred, penerbangan utama Australia digantung sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.