Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3 tampilkan pesona budaya dalam gaya kontemporari
  • TEMPATAN

Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3 tampilkan pesona budaya dalam gaya kontemporari

Utusan Sarawak 23 hours ago
CENDERAMATA… Syahlan Jasmi menyampaikan cenderamata kepada Christine Gani. Foto Cassandra Samuel Studio

KUCHING: Pertandingan Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3 kembali dengan lebih berwarna-warni dan segar, menampilkan generasi muda sebagai ikon budaya melalui tema edisi kali ini, ‘Kontemporari Batik Sarawak.

Dianjurkan oleh SJ Management, acara tahunan ini terus menjadi platform penting dalam mengetengahkan warisan budaya pelbagai etnik Sarawak dengan sentuhan moden.

Menurut Pengasas SJ Management, Syahlan Jasmi, matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memupuk rasa cinta terhadap budaya dan identiti etnik Sarawak dalam kalangan generasi muda, di samping membangunkan keyakinan diri, disiplin dan kemahiran komunikasi peserta.

PEMENANG kategori A Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3.

Katanya, peserta yang terdiri daripada kanak-kanak pelbagai etnik bukan sahaja diuji dari segi penampilan dan bakat, malah juga dari aspek pengetahuan budaya masing-masing.

“Ratu Etnik Junior Sarawak bukan sekadar pertandingan ratu cantik kanak-kanak. Ia adalah ruang untuk generasi muda tampil sebagai duta kecil budaya, dan mempamerkan keunikan etnik mereka dalam suasana yang inklusif dan membina.

“Untuk edisi 2025, kami menerima penyertaan sekitar 30 hingga 40 peserta dari pelbagai kawasan di seluruh Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Kabong, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Peningkatan penyertaan ini menunjukkan sambutan yang semakin menggalakkan serta minat yang tinggi dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak terhadap program berasaskan budaya.

PEMENANG kategori B Ratu Etnik Junior Sarawak Vol. 3.

“Pertandingan ini memberi penekanan kepada busana tradisional, persembahan etnik, dan sesi soal jawab sebagai medium memperkenalkan serta mempromosikan kepelbagaian budaya Sarawak.

“Setiap peserta membawa identiti etnik masing-masing, sekali gus menyampaikan mesej perpaduan dan keharmonian.

“Antara kriteria pemilihan peserta termasuklah penampilan sopan, keyakinan diri, pengetahuan budaya, kemahiran komunikasi dan bakat tambahan seperti nyanyian atau tarian.

“Mereka juga dinilai dari segi disiplin dan komitmen sepanjang program,” kata Syahlan ketika ditemui selepas acara Ratu Etnik Junior Sarawak 2025 Vol. 3 pada Sabtu lepas di Pusat Beli-Belah The Hills.

PENGHARGAAN kepada penaja.

Syahlan mengakui terdapat beberapa cabaran utama dalam penganjuran edisi ini, termasuk pengurusan logistik peserta dari pelbagai daerah, serta keperluan penajaan dan sokongan kewangan.

Justeru, katanya kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi menjayakan program ini secara berterusan.

“Persiapan rapi sedang giat dijalankan termasuk sesi latihan peserta, pemilihan juri profesional, penyediaan kostum serta koordinasi teknikal dan keselamatan.

“Pentas acara turut direka dengan gabungan elemen moden dan tradisional, memberi pengalaman persembahan yang lebih dinamik dan sesuai dengan generasi masa kini,” katanya.

PENGHARGAAN kepada juri.

Jelasnya, antara penambahbaikan edisi 2025 termasuk, format penilaian yang lebih menyeluruh melibatkan aspek persembahan, bakat dan pengetahuan budaya.

Tambahnya, segmen baharu pentas moden tradisional yang menyatukan elemen peragaan fesyen dan persembahan budaya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini termasuk Majlis Seni Sarawak (MSS), The Hills Kuching, Bunga Keringkam dan Razz Couture. Tidak ketinggalan terima kasih kepada barisan juri, Mohd Zahid Ngaiman, Aida Mohamad, Hafiz Dressmaker dan Sharon Kezia Leela.

Keputusan rasmi Ratu Etnik Junior Sarawak 2025 bagi Kategori A menyaksikan Nur Damia Hasna dinobatkan sebagai juara, selain turut memenangi anugerah Busana Terbaik.

Gelaran naib juara pula disandang oleh Liezel Joso Darrel, yang turut meraih dua anugerah khas iaitu Ratu Media Sosial dan Ratu Fotogenik.

Tempat ketiga dimenangi oleh Aisyah Nuha Zahira, yang turut menerima penghargaan sebagai ‘Darling of the Crowd’.

PENGASAS SJ Management, Syahlan Jasmi, menyampaikan ucapan.

Bagi Kategori B menyaksikan Nur Qistina Batrisyia dinobatkan sebagai juara. Tempat naib juara disandang oleh Nurul Syamilla Abdullah, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nur Qaseh Aleya. Anugerah khas ‘Darling of the Crowd’ diberikan kepada Nur Dania Farisya Chan.

Sementara itu, Nur Adzwiesya Damia meraih dua gelaran khas iaitu Ratu Fotogenik dan Ratu Media Sosial. Nur Qistina Batrisyia turut menerima anugerah Busana Terbaik menjadikan beliau peserta paling menyerlah dalam edisi kali ini.

Hadir menyaksikan pertandingan tersebut, Pegawai Tadbir Majlis Seni Sarawak (MSS) Christine Gani dan Penolong Pegawai Tadbir Majlis Seni Sarawak (MSS) Ahmad Zul Fadzli Samsudin.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Woman shocked after being sued over Touch ‘n Go account she never opened
Next: Sarawak selesai sukat 1.2 juta hektar tanah NCR, 938,000 hektar diwartakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.