Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ratu Etnik Dayak angkat warisan budaya masyarakat Dayak di Samarahan
  • Selatan
  • WILAYAH

Ratu Etnik Dayak angkat warisan budaya masyarakat Dayak di Samarahan

Utusan Sarawak 11 hours ago
PEMENANG Pertandingan Ratu Etnik Dayak Samarahan 2026 bergambar bersama Datuk Hamzah Brahim bersama isterinya, Datin Sharifah Hajar Wan Bujang selepas majlis penyampaian hadiah.

KOTA SAMARAHAN: Tujuh peserta Ratu Etnik Dayak Samarahan 2026 bukan sahaja bersaing merebut gelaran, malah mempamerkan keunikan busana tradisional serta warisan budaya masyarakat Dayak.

Pertandingan itu berlangsung sempena Festival Makanan dan Budaya Samarahan (SFCF) 2026 di Tapak Pasar Tamu MPKS, Desa Ilmu.

DATUK Hamzah Brahim bersama tetamu jemputan melaksanakan gimik “’Giling Tikai’ sebagai simbolik penutupan sambutan Gawai.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim bersama isterinya, Datin Sharifah Hajar Wan Bujang serta tetamu kehormat yang lain.

Tujuh peserta yang bertanding terdiri daripada etnik Iban, Bidayuh, Kenyah dan Orang Ulu, mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat Dayak di Sarawak. 

Selain memperagakan busana tradisional, peserta turut dinilai berdasarkan penampilan, keyakinan, penguasaan pentas dan pengetahuan mengenai budaya etnik masing-masing.

BARISAN Juri mengadili pertandingan. Ir. Robia Liman, Philip Jabu, Veronica Peter Ballak.

Pertandingan itu merupakan antara acara kemuncak SFCF 2026 yang bertujuan memartabatkan warisan budaya masyarakat Dayak serta memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian etnik untuk generasi akan datang.

Untuk rekod, gelaran juara Pertandingan Ratu Etnik Dayak Samarahan 2026 disandang oleh Serenna Ellyshes Keli. Tempat kedua pula dimenangi Claudia Mai Tindit, manakala Phynterliana Agatha Lambeh Harisson muncul pemenang tempat ketiga.

Oleh Afiq Sallehi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDDA peruntuk RM4.8 juta pacu skim padi Kampung Kaba jadi pengeluar beras utama
Next: Kebocoran paip gas di Jalan Kwongtung berjaya dikawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.