

LONDON: Ratu Elizabeth II pada Jumaat menyampaikan ucapan sempena ulang tahun ke-75 berakhirnya Perang Dunia II di Eropah, lapor agensi berita Anadolu.
“Saya berucap kepada anda semua hari ini pada masa sama ketika ayahanda saya berucap 75 tahun lalu,” titah baginda.
“Hari ini nampaknya sukar untuk kita menyambut ulang tahun istimewa ini seperti yang diharapkan.”
“Sebaliknya kita hanya menyambutnya dari rumah. Namun, jalan-jalan kita tidak pernah kosong; ia dipenuhi dengan kasih sayang dan saling mengambil berat antara satu sama lain,” titah baginda lagi.
Tidak termasuk mesejnya sempena Krismas, ucapan pada Jumaat itu adalah yang keenam khusus dibuat oleh Ratu Elizabeth, 94, selama 65 tahun pemerintahannya, raja Britain paling lama berada di atas takhta- Bernama