
KUCHING: Seramai 15 peserta cilik berentap dalam Pertandingan Ratu Cilik Gawai 2025 yang berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas, di CityOne Megamall, di sini.
Pertandingan anjuran bersama SJ Management dan CityOne Megamall itu telah menarik perhatian ramai dengan acara yang bermula pada 2.00 petang dan berakhir sekitar 5.00 petang.
Ia menyaksikan peserta muda mempamerkan bakat serta keanggunan dalam busana tradisional sempena sambutan perayaan Gawai Dayak yang bakal tiba.
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori A dan kategori B, dengan setiap peserta memberikan persembahan yang memukau.
Bagi kategori A, gelaran juara Ratu Cilik Gawai 2025 dimenangi oleh Aisya Nuha Zahirah dan turut meraih anugerah Busana Terbaik.


PESERTA memperagakan pakaian masing-masing di atas pentas.
Tempat kedua diraih oleh Lovelia Rose Kuleh, manakala tempat ketiga menjadi milik Leya Aldabella.
Sementara itu, bagi kategori B, juara Little Gawai Queen 2025 dimenangi oleh Nur Qistina Batrisyia, yang juga memenangi anugerah Busana Terbaik.
Yasmin Sofiyya meraih sebagai naib juara, diikuti oleh Nur Dhamia Hasna di tempat ketiga.
Panel juri terdiri daripada Razi Shariman, Aling Bong dan Sharon Kezia Leela.
Kejayaan acara ini turut disokong oleh pasukan fotografi rasmi yang terdiri daripada Cassandra Samuel sebagai jurugambar utama dan Huwayi sebagai pembantu jurugambar.