Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ratu Cantik Thailand, Suchata Opal dinobatkan Miss World 2025
  • GLOBAL

Ratu Cantik Thailand, Suchata Opal dinobatkan Miss World 2025

Utusan Sarawak 2 days ago

Opal Suchata Chuangsri dari Thailand dinobatkan sebagai Miss World di pusingan akhir Miss World ke-72 di Hyderabad, India, 31 Mei 2025.

NEW DELHI: Ratu Cantik Thailand Suchata Opal Chuangsri dinobatkan sebagai Miss World 2025 ke-72 pada Sabtu.

The Nation melaporkan, ia sekali gus melakar detik bersejarah dalam pertandingan ratu Thailand.

Acara itu berlangsung di Pusat Konvensyen HITEX di Hyderabad, Telangana, India, dan disambut dengan meriah. 

Opal secara rasmi dinobatkan oleh pemenang tahun lalu, Krystyna Pyszková dari Republik Czech.

Kedudukan akhir pertandingan itu menyaksikan Hasset Dereje Admassu dari Ethiopia sebagai naib juara, Maja Klajda dari Poland di tempat ketiga, dan Aurelie Joachim dari Martinique di tempat keempat.

Miss World 2025 dimulakan dengan perarakan mempesonakan yang menampilkan peserta dalam pakaian kebangsaan mereka sebelum setiap peserta naik ke pentas secara individu dalam persalinan gaun malam menakjubkan.

Pertandingan itu kemudian beralih kepada pengumuman 40 peserta terbaik dan dipilih dari 108 negara.

Finalis dibahagikan kepada empat kumpulan benua, dengan 10 wakil daripada setiap satu iaitu Amerika dan Caribbean, Afrika, Eropah, dan Asia juga Oceania.

Beberapa peserta mara secara automatik ke 40 teratas menerusi acara pantas.

Antaranya ialah Opal dari Thailand, yang mendapat tempat pertama dalam Cabaran Multimedia Asia dan Oceania.

Peserta kemudian disenarai pendek kepada 20 finalis teratas, yang menampilkan beberapa pesaing terkuat tahun ini. 

Negara yang berjaya melepasi pusingan itu adalah ialah Argentina, Brazil, Puerto Rico, Amerika Syarikat (AS) dan Martinique dari benua Amerika; Cameroon, Ethiopia, Namibia, Nigeria dan Tunisia (benua Afrika); Iceland, Itali, Poland, Ukraine dan Wales (benua Eropah) dan Australia, India, Lubnan, Filipina dan Thailand (benua Asia dan Oceania).

Lapan peserta akhir terdiri daripada wakil Brazil, Martinique, Ethiopia, Namibia, Poland, Ukraine, Filipina, dan Thailand. – Agensi

Continue Reading

Previous: Ahli perniagaan Namibia maut diserang singa
Next: Rai kemenangan PSG, 2 terbunuh, 559 ditahan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.