Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ratu boling Sarawak bergaya di Sukan SEA Bangkok
  • SUKAN

Ratu boling Sarawak bergaya di Sukan SEA Bangkok

Utusan Sarawak 13 hours ago
SUKAN SEA… Nur Hazirah, 22, dari Kuching.

RATU boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli adalah antara pemain acara berpasukan wanita di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin, hari ini yang menambah satu lagi pingat emas untuk negara pada Sukan SEA Thailand 2025.

Selain Nur Hazirah, kuartet wanita kebangsaan turut dibarisi Sin Li Jane, Natasha Mohamed Roslan dan Adania Mohd Redzwan.

Mereka menewaskan pasukan Indonesia, yang diwakili Sharon Adelina Liman Santoso, Aldila Indryati, Putty Insavilla Armein dan Alisha Nabila Larasati, 817-773 pada perlawanan akhir untuk merangkul pingat emas.

Li Jane berkata beliau berbangga dengan rakan sepasukan, khususnya pemain muda Adania dan Hazirah, yang bangkit pada saat penting dan memainkan peranan besar dalam kejayaan pasukan.

RATU boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli adalah antara pemain acara berpasukan wanita di Blu-O Rhythm & Bowl, Major Cineplex Ratchayothin, hari ini yang menambah satu lagi pingat emas untuk negara pada Sukan SEA Thailand 2025.

“Kemenangan ini amat bermakna buat kami, kerana kami benar-benar bertekad untuk memenangi emas. Saya gembira kerana keempat-empat kami berjuang habis-habisan dalam kedua-dua perlawanan, separuh akhir menentang Thailand dan perlawanan akhir menentang Indonesia,” katanya kepada pemberita di Bangkok hari ini seperti dipetik oleh Bernama.

Sebelum itu, pasukan wanita Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan meyakinkan 865-817 ke atas Thailand yang diwakili Chawakorn Wutti, Phattaranan Pingchittapraphai, Pinmanus Khumchaipom dan Ramita.

Nur Hazirah, 22, pernah meraih empat pingat emas selepas mengungguli kategori individu wanita, beregu wanita, beregu campuran dan trio wanita pada SUKMA 2024 di Kuching.

Dia juga merangkul gangsa dalam berpasukan wanita.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Malaysia rangkul emas ekuestrian polo 4-6 gol
Next: Liverpool ‘sudah melangkah ke hadapan’ daripada kekecohan Salah – Slot 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.