Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rasuah: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini
  • JENAYAH

Rasuah: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini

Utusan Sarawak 12 hours ago

Tan Sri Azam Baki

KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan dengan ketiga-tiga individu berkenaan dipanggil merakamkan percakapan. 

“Mereka akan didakwa di mahkamah pada bulan ini, mungkin hujung bulan… kita (SPRM) sedang mendapatkan tarikh daripada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) anjuran Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.

Ditanya mengenai ketulenan video yang tular berkaitan skandal terbabit, Azam berkata siasatan SPRM tidak hanya bergantung kepada bukti video semata-mata.

“Perkara itu tidak boleh diulas lanjut kerana ia boleh menjadi subjudis. Bukti akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk penilaian dan dibawa ke mahkamah sekiranya perlu,” katanya.

Beliau berkata siasatan suruhanjaya itu turut mengambil kira pelbagai bentuk keterangan termasuk daripada individu yang terlibat untuk mengesahkan ketulenan sebarang bukti audio visual.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang didakwa perbualan berkaitan rasuah antara individu tertentu dan beberapa wakil rakyat Sabah berhubung isu perlombongan mineral di negeri itu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sindiket kasut tiruan tumpas, KPDN rampas barangan bernilai RM400,000
Next: Suspek kes penipuan perniagaan, pembelian kereta tidak wujud masih dikesan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.