Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
  • NASIONAL

Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap 26 syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Menurut sumber, kesemua pemilik syarikat berkenaan turut terlibat dalam siasatan dan kemungkinan direman bagi membantu siasatan.

“SPRM telah memulakan siasatan terhadap kesemua 26 syarikat tersebut kira-kira 11 pagi tadi di sekitar Lembah Klang, Perak dan Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama.

SPRM pada 23 Dis lepas memulakan siasatan terhadap projek-projek yang dilaksanakan menerusi kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) TDM.

Keesokannya, agensi itu memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Pada 22 Dis lepas, aktivis Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa hasil semakan dokumen forensik diterimanya secara tanpa nama menunjukkan terdapat kemasukan wang secara bulanan dalam jumlah puluhan ribu ringgit ke dalam akaun dikaitkan dengan pegawai kanan tentera dan ahli keluarga pegawai itu.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: RUU hadkan tempoh jawatan PM dibentang di parlimen tahun ini – PM Anwar
Next: Kekerapan Program Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berbelanja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.