Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rasmi: Sikie Tayai menang jawatan Presiden PRS 
  • SEMASA

Rasmi: Sikie Tayai menang jawatan Presiden PRS 

Utusan Sarawak 11 hours ago

Dato Sri John Sikie, Presiden PRS yang baharu, menggantikan Dato Sri Joseph Salang Gandum.

KUCHING: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai memenangi jawatan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu memperoleh 186 undi, menewaskan pencabar tunggal, ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang yang mendapat 154 undi iaitu majiriti 32 undi.

Pemilihan diadakan pada Persidangan Tiga Tahun Sekali Ke-6 parti itu, di sini hari ini.

Barisan pimpinan tertinggi PRS diketuai Dato Sri John Sikie Tayai (tengah) bagi tempoh 2025–2028.

Seramai 343 perwakilan mengundi termasuk ahli majlis tertinggi, pergerakan Wanita dan Pemuda. Bagaimanapun, tiga perwakilan tidak mengundi.

Persidangan itu dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) semalam.

Dengan kemenangan itu, Sikie Tayai, 75,  yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden akan memimpin PRS bagi tempoh 2025–2028.

Jawatan Presiden PRS dikosongkan oleh Dato Sri Joseph Salang Gandum, 74, yang mengundur diri dan sebelum ini memberi sokongan terbuka kepada Sikie Tayai sebagai penggantinya.

Salang mengambil alih tampuk kepimpinan PRS secara rasmi pada 2022, menggantikan mendiang Tan Sri Dr James Masing yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2021.

Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Dato Majang Renggi mengekalkan jawatan Timbalan Presiden selepas Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan menarik diri baru-baru ini atas dasar demi perpaduan parti.

Semalam, ADUN Tamin, Christopher Gira Sambang menang jawatan Ketua Pemuda PRS setelah menewaskan ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Bagi sayap Wanita pula, Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie kekal menerajuinya bagi penggal 2025–2028 selepas menang tanpa bertanding .

PRS adalah parti komponen GPS, kini mempunyai 11 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan lima di Dewan Rakyat.

Oleh SHAHRUL QAIZAT dan SHIKIN MAHMUD 

Continue Reading

Previous: Penerima SARA diminta buat laporan polis jika MyKad disalah guna
Next: Senator Rita Sarimah muka baharu dipilih Naib Presiden PRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.