Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksana pada separuh kedua 2025
  • SEMASA

Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksana pada separuh kedua 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Rasionalisasi subsidi RON95 akan dilaksanakan pada separuh kedua 2025, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan proses pelaksanaan rasionalisasi RON95, namun pada ketika ini fokus tertumpu kepada perbincangan bagi memastikan golongan yang akan menerima sokongan subsidi dikenal pasti dengan tepat. 

“MoF akan terus dalam proses untuk pelaksanaan rationalisasi subsidi, tetapi buat masa sekarang, yang pentingnya kita harus memastikan tahap mereka yang akan mendapat sokongan subsidi.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kabinet berbincang mengenai pengecualian rakyat Malaysia yang mana akan layak untuk dapat subsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan mekanisme penggunaan pengenalan diri MyKad bagi pelaksanaan penyasaran subsidi RON95. 

“Setiap rakyat Malaysia ada IC (MyKad) dan kita pun dah menggunakannya dalam skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ia berkesan. Jadi, buat masa sekarang, MoF tengah memperketatkan lagi sistem yang kita boleh gunakan untuk pelarasan subsidi RON95 (kelak),” katanya. 

Menjawab persoalan mengenai pandangan kerajaan apabila terdapat ramai pihak industri ingin menangguhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Amir Hamzah berkata kerajaan mengambil maklum pihak berkepentingan mengenai hal berkenaan. 

“Kerajaan selalu mengambil pandangan semua orang dan untuk pelebaran SST, kita berbincang juga dengan semua mereka yang berkepentingan dan maklum balas daripada mereka, kita dah pun mengambilnya,” kata beliau.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: U Mobile, TM bekerjasama tingkatkan pelaksanaan rangakaian 5G
Next: Langkah Trump kenakan tarif jana impak positif walaupun dapat kecaman seluruh dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.