Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rasa tidak sedap hati mangsa petanda nahas ngeri bas
  • SEMASA

Rasa tidak sedap hati mangsa petanda nahas ngeri bas

Utusan Sarawak 15 hours ago

JERTIH:  Perasaan tidak sedap hati yang dirasakan seorang daripada mangsa kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik pada Isnin lepas, rupanya memberi petanda dia akan kehilangan 15 rakan termasuk sahabat karibnya.

Nurul Athirah Zakaria, 23, berkata dia ada menceritakan mengenai perasaan itu kepada ibunya Rosmawati Muda, 57, ketika bersalaman sebelum menaiki bas, namun ibu menasihatinya supaya tidak memikirkan perkara buruk.

“Rupanya pada malam itu saya akan melalui satu peristiwa yang sangat dahsyat dan paling sedih apabila saya kehilangan sahabat karib saya Nurly Shahirah Azman.

“Saya dan arwah memang rapat dan telah berkawan sejak tingkatan satu ketika kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut lagi,” kata Nurul Athirah yang juga seorang hafizah al-Quran seperti Nurly Shahirah kepada Bernama di rumahnya di Kampung Padang Landak di sini.

Pada Isnin lepas, 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Penuntut tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam itu berkata pada mulanya dia bercadang untuk duduk bersebelahan Nurly Shahirah di sebelah kiri bas, namun kerusi itu terlebih dahulu diduduki seorang kawan mereka menyebabkan dia duduk di sebelah kanan bas, sebaris dengan tempat duduk Nurly Shahirah.

“Betul-betul sebelum kejadian saya tengok Nurly Shahirah tidak tidur dan selepas kemalangan itu saya pun tidak tahu apa yang berlaku kerana tercampak keluar daripada bas dan pengsan.

“Sejurus tersedar daripada pengsan sekitar pukul 3.00 pagi, saya dibantu sepasang suami isteri yang juga pengguna jalan raya untuk menghubungi ibu saya. Waktu itu saya fikir kalau saya meninggal dunia biarlah saya dapat bercakap dengan ibu buat kali terakhir,” katanya.

Akibat kemalangan itu, Nurul Athirah mengalami kecederaan pada paru-paru, kaki dan belakang kepala menyebabkan dia terpaksa berehat di rumah sehingga pulih, sebelum kembali ke kampus.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Doa Kesyukuran Hari Keputeraan Agong ke-17
Next: TH hargai khidmat bakti 385 Sahabat Maktab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.