Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rapper Lil Nas X didakwa akibat berjalan bogel waktu malam
  • GLOBAL

Rapper Lil Nas X didakwa akibat berjalan bogel waktu malam

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAPPER Lil Nas X, bersama peguamnya Christy O’Connor (kiri), menghadiri pendakwaan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada 25 Ogos 2025 di Van Nuys, California. Foto AFP

LOS ANGELES: Rapper Lil Nas X didakwa semalam dengan empat pertuduhan jenayah berat selepas didakwa menyerang polis yang datang untuk menahannya semasa berjalan bogel di Los Angeles minggu lalu.

Artis lagu Old Town Road itu ditangkap selepas menanggalkan pakaian di sebuah jalan utama di bandar tersebut.

Video yang tersebar minggu lalu pada mulanya menunjukkan penyanyi itu memakai but koboi dan seluar dalam putih yang menutupi aurat ketika dia berjalan di kawasan Studio City.

Namun, rakaman baharu yang diperoleh oleh media hiburan TMZ menunjukkan penyanyi tersebutyang nama sebenarnya Montero Hill  dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

RAPPER AS Lil Nas X (kiri) dibebaskan dari Mahkamah Tinggi Los Angeles di Los Angeles, California, pada 25 Ogos 2025. Foto AFP

Ini selaras dengan kenyataan polis kepada AFP minggu lalu, apabila seorang jurucakap berkata, “Terdapat seorang lelaki bogel berjalan di jalan raya.”

“Setibanya di tempat kejadian, suspek menyerang pegawai polis. Dia ditahan dan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan kemungkinan overdosis sebelum ditangkap atas tuduhan menyerang pegawai polis.”

Hill hadir di mahkamah semalam untuk mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan jenayah berat menyerang pegawai polis dan satu pertuduhan menghalang penangkapan.

Ikat jaminannya ditetapkan pada AS$75,000 dan dia diarahkan untuk hadir ke mahkamah pada 15 September.

ROBERT Stafford (kiri), bapa kepada rapper AS Lil Nas X, bercakap kepada media selepas pendakwaan anaknya di Mahkamah Tinggi Los Angeles di Los Angeles, California, pada 25 Ogos 2025. Foto AFP

Rakaman minggu lalu mencetuskan kehebohan di internet apabila pengguna web berduyun-duyun menonton persembahan flamboyan penyanyi itu yang beraksi di hadapan kamera.

“Jangan lambat ke parti malam ini,” katanya kepada seorang pejalan kaki. Tidak jelas parti mana yang dimaksudkan atau bila “malam ini” dalam rakaman yang dirakam sebaik sebelum subuh.

Pada satu ketika, dia meminta orang yang merakam yang dilihat duduk dalam kereta menyerahkan telefon supaya dia boleh membuangnya.

“Saya mahu buang jauh-jauh supaya kamu tidak akan pernah nampak lagi. Saya tidak suka telefon.”

“Bukankah saya sudah suruh kamu letakkan telefon? Uh-oh, seseorang kena bayar untuk itu,” katanya sambil menggerakkan jarinya secara berdrama. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: SpaceX batalkan pelancaran terkini Starship akibat cuaca buruk
Next: Jumlah kematian akibat taufan meningkat di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.