Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Rapatkan jurang pendidikan digital
  • PENDIDIKAN

Rapatkan jurang pendidikan digital

Utusan Sarawak 9 hours ago
AHLI Parlimen Miri, Chiew Choon Man (dua dari kanan)  semasa melawat SMK Merbau, bagi meninjau secara langsung pelaksanaan projek di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Miri baru-baru ini. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Pendidikan digital bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan asas, kata Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man.

“Kita tidak boleh membiarkan wujudnya jurang digital yang melebar antara sekolah-sekolah di bandar dengan sekolah-sekolah di pedalaman atau luar bandar.

“Jurang ini bukan sahaja menjejaskan akses kepada ilmu, malah menafikan peluang pelajar untuk berkembang dalam ekosistem pendidikan yang setaraf dengan negara-negara maju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, bagi meninjau secara langsung pelaksanaan projek di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Miri baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau akan membawa isu ini ke Parlimen untuk mencadangkan agar selain usaha Kerajaan dalam terus menangani isu sekolah daif, Kerajaan juga harus meletakkan pendigitalan pendidikan sebagai salah satu agenda penting.

“Ini termasuk penyediaan bilik darjah pintar, jaringan internet berkelajuan tinggi, latihan untuk guru dalam pedagogi digital dan penyelarasan kandungan digital yang bersesuaian dengan kurikulum nasional,” katanya.

Semasa lawatan itu, Chiew  telah membekalkan dua buah papan putih interaktif serta satu projektor multimedia yang bakal membawa pembaharuan dalam pengalaman pembelajaran para pelajar.

Katanya, inisiatif ini bukan sekadar penambahbaikan fizikal, tetapi merupakan satu langkah strategik ke arah transformasi pendidikan digital di sekolah.

Menurut beliau, papan putih interaktif yang disediakan lengkap dengan teknologi “Android” dan “Windows” serta paparan 4K UHD akan menjadi alat bantu mengajar moden yang membolehkan pendekatan pembelajaran lebih interaktif, visual dan berkesan, sejajar dengan kehendak pembelajaran pada era digital ini.

“Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya sentiasa menegaskan betapa pentingnya menyediakan akses pendidikan berkualiti secara saksama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang mahupun lokasi.

“Anak-anak kita, sama ada di bandar atau luar bandar, berhak untuk menikmati kemudahan pendidikan yang membolehkan mereka bersaing dalam dunia global yang semakin dipacu oleh teknologi,” ujarnya. Oleh Liong Chai Ling

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Aspek pendidikan jangan terbatas, didik masyarakat dengan ilmu terkini – Abang Johari
Next: Lima hala tuju utama bina semula ekosistem pendidikan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.