Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rangka, tulang manusia ditemukan di kebun durian
  • NASIONAL

Rangka, tulang manusia ditemukan di kebun durian

Utusan Sarawak 7 months ago

BALIK PULAU: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di kawasan kebun durian di Jalan Besar Pulau Betong di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.

“Siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan lokasi timbunan tanah bersama rangka disyaki manusia.

“Turut dijumpai di lokasi sama ialah serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas kahs ditubuhkan, operasi bas digantung
Next: JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350R

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.