Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rangka kerja pemulihan pelancongan siap – MOTAC
  • TEMPATAN

Rangka kerja pemulihan pelancongan siap – MOTAC

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWAT… Dato’ Sri Nancy Shukri (dua, kiri) bersama Datuk Mohamad Naroden Majais (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Pusat Vaksinasi Dewan Masyarakat Gedong.

Gedong: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) telah menyiapkan rangka kerja pemulihan pelancongan holistik sejajar dengan Pelan Pemulihan Nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri mengatakan rangka kerja tersebut menggariskan tiga fasa untuk membantu mempercepat program vaksinasi di seluruh negara dan seterusnya ‘Program Destinasi Percuma Covid-19’.

“Pelan Pemulihan Pelancongan serta inisiatif yang diambil oleh MOTAC ini boleh menjadi pemangkin buat industri pelancongan dan budaya untuk kembali bangkit, seterusnya membantu negara dalam mempercepatkan fasa pemulihan ekonomi.

“Pada masa sama, saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk segera mendaftar dan menepati temu janji vaksin bagi mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok negara, supaya Malaysia bebas daripada wabak pandemik ini,” katanya melalui kemaskini di Facebooknya pada Sabtu lalu

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, berkata Program Imunisasi Vaksin Covid-19 (PICK) di Gedong telah berjaya mencapai sasarannya dalam pemberian dosis pertama vaksin Covid-19 di Daerah Simunjan dan Sadong Jaya.

Beliau gembira dengan sambutan positif penerima di sini yang menunjukkan bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap PICK semakin meningkat.

“Saya berpuas hati dengan penduduk di sini kerana sasaran harian 500 penerima dapat dicapai. Kerjasama daripada mereka sangat penting agar proses vaksinasi di negeri ini dapat dilaksanakan dalam jangka waktu yang singkat.

“Sebagai pemerintah yang prihatin, kami ingin memastikan bahawa kekebalan masyarakat di negeri ini mencapai tahap yang meyakinkan.

“Bukan itu sahaja, kita perlu bersedia. Sekiranya kecemasan wabak Covid-19 berakhir pada Ogos, Sarawak perlu bersiap sedia untuk pilihan raya negeri yang boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada keadaan, ”tambahnya.

PICK di Daerah Simunjan yang diadakan pada 14 Jun hingga 22 Jun berjaya memberi vaksinasi seramai 6,274 orang yang terdiri daripada barisan hadapan, warga emas dan kumpulan berisiko tinggi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Rumah Anthony terima sumbangan bekalan makanan
Next: Turun padang, jangan kritik usaha orang lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.