Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Randau Akademi Dalam Industri bantu lahirkan tenaga kerja berkemahiran, berproduktiviti tinggi
  • PENDIDIKAN

Randau Akademi Dalam Industri bantu lahirkan tenaga kerja berkemahiran, berproduktiviti tinggi

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGERUSI TEGAS,Datuk Len Talif Salleh menyerahkan hadiah kepada johan aktiviti berpasukan memburu produktiviti.

SARIKEI: Sarawak terus mempergiat usaha memperkukuh pembangunan bakat tempatan bagi mencapai sasaran 30 peratus tenaga kerja berkemahiran, bersamaan kira-kira 500,000 pekerja mahir, melalui pendekatan pembangunan modal insan yang dipacu oleh keperluan sebenar industri.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang dan Pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), Datuk Len Talif Salleh, berkata sasaran tersebut amat penting bagi menyokong pertumbuhan sektor bernilai tinggi seperti tenaga diperbaharui, aeroangkasa, ekonomi digital dan pembuatan berteknologi tinggi.

PENGERUSI TEGAS, Datuk Len Talif Salleh melawat ke gerai pameran kerjaya, keusahawanan dan perkhidmatan kerajaan.

“Akademi Dalam Industri (ADI) merupakan inisiatif strategik berasaskan pendekatan dipacu oleh permintaan industri yang bertujuan memberi pendedahan kepada belia dan pencari kerja mengenai peluang pembangunan kemahiran, laluan kerjaya serta keperluan sebenar industri.

“Pendekatan ini amat penting kerana cabaran dunia pekerjaan hari ini menuntut belia yang bukan sahaja berkelulusan, tetapi memiliki kemahiran relevan, sikap produktif serta kebolehan menyesuaikan diri dengan perubahan pantas industri.

“Randau ADI yang diadakan hari ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada komuniti tempatan, khususnya belia dan pencari kerja di Sarikei, mengenai laluan kerjaya dan peluang latihan serta potensi penyertaan dalam program ADI yang membentuk bakat berkemahiran, berproduktiviti tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan daya saing Sarawak,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Randai ADI, bertempat di Dewan Suarah Sarikei, hari ini.

PENGERUSI TEGAS, Datuk Len Talif Salleh melawat ke gerai pameran kerjaya, keusahawanan dan perkhidmatan kerajaan.

Katanya, program tersebut merupakan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur utama dengan kerjasama TEGAS, Pusat Khidmat Kuala Rajang, Pejabat Residen Sarikei dan Pejabat Daerah Sarikei.

“Usaha ini adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang menekankan pembangunan modal insan dan bakat tempatan sebagai teras utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial Sarawak.

“Saya percaya, pelaburan paling bernilai bagi sesebuah negeri bukan hanya pada pembangunan fizikal, tetapi pada pembangunan minda, kemahiran dan jati diri anak mudanya agar mereka mampu menjadi pemacu ekonomi dan pemimpin masa hadapan,” katanya.

Katanya, antara pengisian utama program tersebut adalah forum bertajuk ‘Akademi Dalam Industri: Memperkasa Bakat Anak Sarawak’ yang menampilkan perkongsian daripada MPC, wakil industri dan bakat tempatan yang telah berjaya.

PENGERUSI TEGAS, Datuk Len Talif Salleh menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara MPC dan TEGAS.

“Perkongsian ini memberi gambaran jelas tentang realiti industri dan langkah proaktif yang boleh diambil oleh belia dalam membina laluan kerjaya yang mampan.

“Perkongsian seperti ini amat bernilai kerana ia membuka mata belia kepada realiti industri, keperluan sebenar pasaran kerja dan langkah konkrit yang boleh diambil untuk membina laluan kerjaya yang mampan.

“Selain itu, aktiviti berpasukan memburu produktiviti turut diadakan dengan penyertaan 89 kumpulan melibatkan seramai 356 peserta, sekali gus memupuk semangat kerjasama, pemikiran kritikal dan budaya produktiviti dalam kalangan peserta,” katanya lagi.

Program juga dimeriahkan dengan pameran kerjaya, keusahawanan dan perkhidmatan kerajaan yang menghimpunkan pelbagai agensi serta pemain industri, memberi peluang kepada belia dan orang awam mendapatkan maklumat secara langsung mengenai peluang pekerjaan, latihan kemahiran, pembiayaan keusahawanan dan perkhidmatan sokongan kerajaan.

Turut hadir ialah Pengarah MPC, Mohamad Muzaffar Abdul Hamid; ADUN Meradong yang juga Ahli Lembaga Amanah TEGAS, Datuk Ding Kuong Hiing; ADUN Balingian yang juga Ahli Lembaga Amanah TEGAS, Abdul Yakub Arbi; Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong dan Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan – Fadhlina
Next: Bina modal insan berfikiran kritis dan kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.