Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rampasan dadah RM164,432, pemuda Miri ditahan jaga stor dadah
  • JENAYAH

Rampasan dadah RM164,432, pemuda Miri ditahan jaga stor dadah

Utusan Sarawak 19 hours ago

DIRAMPAS…Antara dadah yang dirampas hasil serbuan tersebut.

MIRI: Seorang pemuda berusia 21 tahun sanggup menerima upah RM500 sebulan sebagai penjaga stor penyimpanan dadah di sebuah kediaman di Kampung Baru Pujut 7, di sini.

Kegiatan suspek terbongkar apabila kediaman tersebut diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri sekitar 12.50 tengah hari pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, hasil serbuan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai dianggarkan RM164,432.

“Hasil serbuan, polis merampas 1,759 gram dadah disyaki methamphetamine, 1,024 gram ketamine, 2,111 gram ganja, 158 batang katrij pod disyaki mengandungi dadah jenis psilocybin serta 20 botol cecair vape yang turut disyaki mengandungi psilocybin.

“Jumlah keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM164,432,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Mohd Farhan menambah, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 15,243 orang penagih.

“Suspek yang merupakan warga tempatan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai menerima upah RM500 sebulan sebagai penjaga stor penyimpanan dadah,” ujarnya.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 4 Julai ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pesara di Miri rugi RM1,540,458 terjerat iklan pelaburan
Next: Success of  OP Taring Alpha, OP Taring Bravo, OP Taring Awas and Op Libas  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.