Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu

Facebook
WhatsApp
DATUK Seri Ramlan Harun

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ramlan, 60, menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lepas.

Abdul Ghani menjawat jawatan berkenaan bermula Ogos 2020. – Bernama 

Internet berpagar diperluas ke premis awam, IPTS

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor merancang memperluas perkhidmatan ‘Internet berpagar’ ke premis awam