Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rami OOOHAA’ Marudi 2025 serlah warisan, satukan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

Rami OOOHAA’ Marudi 2025 serlah warisan, satukan komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Dr Penguang Manggil menandatangani plak tanda perasmian Program Budaya@ Komuniti ‘Rami OOOHAA Marudi 2025 di Dataran Marudi. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Program Budaya @ Komuniti ‘Rami OOOHAA’ Marudi 2025 bukan sekadar persembahan seni semata-mata, malah menjadi simbol penyatuan komuniti dalam memperkasakan seni budaya tempatan agar terus hidup, dihargai dan diamalkan seluruh lapisan masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata penganjuran program sebegini memberi makna besar dalam mengangkat martabat seni dan budaya ke akar umbi masyarakat.

“Jika kita mahu memperkasakan budaya, biarlah ia sampai ke setiap pelosok komuniti. Seni dan budaya bukan hanya untuk ditonton, tetapi perlu dimiliki dan dihayati oleh masyarakat,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dataran Marudi, malam tadi.

PENGHARGAAN…Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Mohd Razi Omar menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr Penguang Manggil.
 

Menurut beliau, seni budaya menjadi asas kepada keharmonian, toleransi dan perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Oleh itu, pendekatan membawa budaya kepada komuniti adalah kunci untuk memastikan warisan ini tidak pupus ditelan arus moden.

Program ini turut membuka ruang kepada penggiat seni tempatan, usahawan kraf serta bakat muda untuk menyerlahkan potensi mereka. Dr Penguang percaya pembangunan budaya dan ekonomi boleh berjalan seiring selari dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030.

“Komuniti yang sejahtera bukan hanya diukur dari sudut fizikal dan mental, tetapi juga dari segi jati diri, nilai hidup dan warisan budaya yang kukuh,” tegas beliau.

Beliau turut menggesa rakyat Marudi agar terus menghormati sejarah, menjunjung adat, serta memperkenalkan khazanah budaya kepada dunia luar.

Dr Penguang menekankan bahawa budaya ialah cerminan roh dan jiwa masyarakat. Ia perlu diwarisi dan dikembangkan, bukan sekadar tinggal dalam lipatan sejarah.

“Warisan budaya bukan sahaja aset sejarah, tetapi juga potensi ekonomi terutamanya melalui pelancongan budaya dan komuniti,” katanya lagi.

Dalam hal ini, beliau yakin Marudi berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai destinasi eko pelancongan komuniti, menerusi pengalaman pelancongan di rumah panjang, aktiviti sungai serta kehidupan bersama komuniti asli setempat.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Noor Seela Noor Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Mohd Razi Omar, Pegawai Daerah Pejabat Daerah Marudi, Rose Edward Tarang dan Presiden Kelab Kesenian dan Kebudayaan Iban Batang Rajang, Samuel Tegap dan Setiausaha Majlis Daerah Marudi Grace Joy Dapit.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SABERKAS Meradong sasar kejayaan dalam KASUS Zon Tengah
Next: 40 sekolah di Miri bakal dilengkapi CCTV – Chiew

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.