Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah Tamah Aidilfitri Surau Wahdah Al Ummah medium perkukuh perpaduan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Ramah Tamah Aidilfitri Surau Wahdah Al Ummah medium perkukuh perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 6 hours ago
DAYANG Noorazah ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 yang berlangsung di Surau Wahdah Al Ummah, Kampung Melayu Tanah Baru Sembau semalam. Foto: ADUN Lingga

SIMANGGANG: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2026 yang berlangsung di Surau Wahdah Al Ummah, Kampung Melayu Tanah Baru Sembau semalam menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja menjadi tradisi tahunan, malah berperanan sebagai medium memperkukuh hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut beliau, sambutan Aidilfitri yang diraikan dalam suasana penuh kebersamaan dan muhibah mampu menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

“Majlis ini menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat, di samping menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri yang diraikan dalam suasana penuh kebersamaan dan muhibah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut yang dihadiri oleh penduduk setempat serta tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang.

FOTO: ADUN Lingga

Kehadiran para tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat jelas memperlihatkan semangat perpaduan, saling menghormati serta keakraban yang sentiasa dipupuk dalam komuniti.

Tambah beliau, nilai-nilai murni seperti toleransi dan saling memahami perlu terus dipelihara bagi memastikan keharmonian masyarakat kekal utuh

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh jalinan hubungan sosial.

“Semoga sambutan seperti ini terus menjadi medium yang memperkukuh hubungan sesama masyarakat serta membawa keberkatan, kegembiraan dan keharmonian buat semua,” ujarnya.

Majlis tersebut berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai juadah Aidilfitri disediakan, sekali gus memeprlihatkan semangat kebersamaan dan kemesraan yang menjadi teras perpaduan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek parit RM285,000 kurangkan risiko banjir di Rumah Jampang
Next: Pengerusi LPKP Sarawak naik bas Q12, kumpul maklum balas pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.