Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah Tamah Aidilfitri SK Bawang Tian eratkan silaturahim komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Ramah Tamah Aidilfitri SK Bawang Tian eratkan silaturahim komuniti

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN…Ahmad Johnie merakam kenangan bersama pelajar, warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat. Foto: Facebook Parlimen P207 Igan

MATU: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Simfoni Budaya Sebati: Sinaran Aidilfitri & Kilauan Gong Xi anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Tian, semalam, diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis tersebut menjadi wadah penting dalam mengeratkan silaturahim antara warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa pelajar yang memberikan sokongan penuh dengan menyediakan pelbagai juadah raya di setiap meja, sekali gus memeriahkan suasana.

KEHADIRAN…Ahmad Johnie menyerikan lagi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Simfoni Budaya Sebati: Sinaran Aidilfitri & Kilauan Gong Xi anjuran SK Bawang Tian. Foto: Facebook Parlimen P207 Igan

Pada majlis itu, Ahmad Johnie turut meluangkan masa melawat setiap gerai bagi menyantuni warga sekolah serta para pengunjung yang hadir.

Beliau juga berkesempatan melawat bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah dan menegaskan bahawa kemudahan serta keperluan pendidikan khas perlu diberi perhatian serius bagi memastikan kebajikan serta pembangunan murid berkeperluan khas sentiasa terpelihara.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ACOH 2026 perluas impak legasi ke komuniti luar bandar di Lubok Antu
Next: Masjid Darul Makmur Kampung Tanjong Belipat terima sumbangan van jenazah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.