Ramadan didik jiwa, takwa

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Majlis Berbuka Puasa anjuran Ahli Jawatankuasa Induk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawa berlangsung petang tadi di Restoran ABC Indian Cuisine, Pines Square, Batu Kawa, dalam suasana penuh muhibah.

Majlis ini menghimpunkan seramai 32 Ahli Jawatankuasa Induk PBB Batu Kawa termasuk Ketua-ketua Ranting, bersama sembilan Ketua Masyarakat Islam dari kawasan Batu Kawa dan sekitarnya, diketuai oleh Penghulu Sariee Mansor. 

Turut hadir ialah enam pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan yang diketuai oleh SM Ramlee Bakar, sekali gus mencerminkan hubungan erat antara agensi keselamatan dan masyarakat setempat.

Senator Dato Ahmad Ibrahim selaku Ketua PBB Batu Kawa yang juga MKT PBB Sarawak hadir sebagai tuan rumah dan menzahirkan penghargaan atas sokongan serta kehadiran semua pihak. 

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuh silaturahim serta mempererat kerjasama antara parti, ketua masyarakat dan agensi kerajaan dalam suasana penuh keberkatan.

“Ramadan adalah bulan mendidik jiwa dan memperkuatkan ikatan sesama insan. 

“Majlis seperti ini membuka ruang untuk kita saling mengenali, menghargai dan bekerjasama demi kesejahteraan komuniti,” katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kemasyarakatan, Senator Dato Ahmad Ibrahim turut menyerahkan tiga geran dalam bentuk cek kepada tiga persatuan yang hadir sebagai dorongan untuk terus melaksanakan program bermanfaat di peringkat akar umbi.

Majlis diakhiri dengan solat Maghrib berasingan serta sesi ramah mesra yang menyerlahkan semangat kekitaan dan keharmonian dalam komuniti setempat.

Hadir sama, Kaunselor Bassiron Latep dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

OLEH AMANDA L.

Uggah ajak rakyat Betong meriahkan SKS 2026

BETONG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mengajak masyarakat di Bahagian Betong dan kawasan sekitar hadir beramai-ramai memeriahkan