Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat Sarawak layak mohon PEMERKASA+
  • TEMPATAN

Rakyat Sarawak layak mohon PEMERKASA+

Utusan Sarawak 4 years ago

KUCHING: Rakyat Sarawak juga layak untuk memohon pakej RM40 bilion daripada Pemerkasa + dari Kerajaan Persekutuan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Persekutuan, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia bagi membantu mengurangkan kesan ekonomi akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Ini bererti, selain bantuan RM1.4 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak, mereka yang layak dari Sarawak juga boleh memohon bantuan kewangan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya menerusi kemas kini Facebooknya, semalam.

Beliau juga berharap agar bantuan yang ditawarkan itu kelak akan memberi nafas baharu kepada penerimanya di negeri ini.

“Saya harap bantuan yang ditawarkan ini akan dimanfaatkan oleh para usahawan dan memberi suntikan motivasi kepada mereka untuk tidak berputus asa,” katanya.

Katanya lagi, dengan adanya penerangan seperti ini tiada lagi kekeliruan mengenai kelayakan rakyat Sarawak memohon pakej bantuan Kerajaan Persekutuan selepas ini.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: VAKSIN SINOVAC SAMPAI ESOK
Next: Penduduk pedalaman disaran dengar radio

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.