Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat Sarawak guna sara untuk persiapan Ramadan, dapat ringankan beban
  • TEMPATAN

Rakyat Sarawak guna sara untuk persiapan Ramadan, dapat ringankan beban

Utusan Sarawak 6 hours ago
SARA untuk persiapan Ramadan.

KUCHING: Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan SARA untuk Semua di Sarawak menyifatkan inisiatif Kerajaan Persekutuan itu amat membantu dalam mengurangkan beban perbelanjaan harian, sekali gus dapat dimanfaatkan untuk persiapan menyambut Ramadan tidak lama lagi.

Tinjauan Bernama mendapati penerima SARA menggunakan bantuan berkenaan untuk mendapatkan barangan dapur seperti beras, minyak masak, gula, tepung, santan serta bahan mentah.

Seorang pekerja gig, Iqbal Hassan Hussain, 34, berkata dia akan membeli barangan keperluan asas untuk penyediaan hidangan berbuka dan sahur secara sederhana bersama-sama keluarganya pada bulan Ramadan nanti.

“Walaupun jumlah bantuan tidak besar, bulan ini saya menerima RM200 kerana layak mendapat SARA bulanan dan SARA untuk Semua, bantuan ini amat bermakna kerana membolehkan saya menyambut musim perayaan dengan lebih tenang dan sederhana dengan keluarga,” katanya yang masih bujang dan berasal dari Batu Kawa.

Bagi Azahar Dot, 47, dia memanfaatkan SARA yang diterimanya untuk membeli barangan keperluan dapur serta makanan sejuk beku, khususnya sebagai persiapan Ramadan dalam keadaan kos sara hidup yang sudah meningkat.  

Dia juga amat menghargai inisiatif kerajaan memperkenalkan SARA yang dapat memberikan kelegaan selain membantu memastikan keperluan harian keluarganya dapat dipenuhi.

Bagi Brauselton Mcqariem Usah, 36, yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Ulu Baram, Miri, menganggap sumbangan tersebut sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan kepada semua lapisan masyarakat.

Bantuan SARA itu, katanya, amat bermakna, khususnya bagi golongan pendidik yang berkhidmat jauh di pedalaman seperti dirinya kerana dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas, sekali gus memberikan kelegaan untuknya yang menanggung kos pengangkutan dan barangan lebih tinggi berbanding di bandar.

Program SARA Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri RM100 melalui Mykad kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mula disalurkan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kategori barangan SARA kali ini diperluas dengan merangkumi makanan sejuk beku. – Bernama 

Tags: SARA

Continue Reading

Previous: Operasi Pencegahan Jenayah diperhebat di Bau menjelang Tahun Baharu Cina
Next: Eksklusif: Warisan tradisi bertemu semangat generasi baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.