Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat mesti disiplin guna aplikasi MySejahtera
  • NASIONAL

Rakyat mesti disiplin guna aplikasi MySejahtera

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Dr Noor Azmi Ghazali

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta lebih berdisiplin menggunakan aplikasi MySejahtera yang dibangunkan kerajaan untuk membolehkan pelaksanaan penilaian kesihatan kendiri  bagi mengawal penularan  jangkitan Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kegagalan rakyat  terutama individu yang pulang dari luar negara  menggunakan aplikasi itu boleh mengundang kepada peningkatan kes wabak penyakit tersebut dalam kalangan masyarakat.

“Kita bimbang kealpaan dan kelalaian rakyat sendiri selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Contohnya, mereka yang baru pulang dari luar negara dikenakan HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) langgar peraturan seperti keluar dari rumah, potong gelang tangan (pengesanan Covid-19) dan masa HSO,  mereka tidak membuat penilaian kesihatan kendiri.

“Kita dapati  (satu kajian)  menunjukkan 24.6 peratus daripada  31,000 individu dikenakan  HSO tidak membuat  pemeriksaan penilaian kesihatan kendiri dalam aplikasi MySejahera. Mereka sepatutnya buat setiap  hari, tetapi  tidak membuatnya  dalam tempoh  14 hari yang ditetapkan,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu  program Jendela Fikir  terbitan Bernama Radio semalam.

Beliau berkata, individu dikuarantin yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera juga menyukarkan pihak bertanggungjawab mengesan keberadaan dan menilai tahap kesihatan individu terbabit, selain kegagalan mereka mematuhi arahan itu bakal berdepan tindakan undang-undang.

Dr Noor Azmi berkata, aplikasi MySejahtera itu berguna bagi membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat selain tidak mengundang kluster baharu seperti Kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah dan Sentosa di Kuching.

Selasa lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan akan mewartakan penggunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis di seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sementara itu, Dr Noor Azmi berkata langkah mewajibkan  pemakaian pelitup muka  dalam pengangkutan awam dan tumpuan awam yang sesak  berkuat kuasa 1 Ogos  juga merupakan langkah tepat diambil kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan  Pemulihan (PKPP)  bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini, beliau berkata kerajaan akan membuat keputusan berdasarkan fakta situasi  semasa dan perubahan perkembangan sifar kes jangkitan dalam negara.

“…sama ada PKPP disambung atau tidak atau PKP lain bergantung kepada keadaan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Mohd Hafarizam tidak mengaku terima wang haram
Next: Md Rayhan diusir selepas selesai siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.