Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rakyat Marudi jangan mudah terpedaya janji kosong
  • WILAYAH

Rakyat Marudi jangan mudah terpedaya janji kosong

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Dr Penguang Manggil menyampaikan cek MRP kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Marudi Penghulu Blalang Atom. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil mengingatkan rakyat Marudi supaya tidak keliru dan terpengaruh dengan janji pihak tertentu yang belum pasti ditunaikan.

Malah katanya, kumpulan ini hanya pandai berjanji kosong yang belum pasti dapat disampaikan kepada rakayat.

“Rakyat Marudi perlu berhati-berhati dengan kehadiran kumpulan ini yang banyak memberi janji manis tetapi tidak disampaikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesa rakyat Marudi perlu meneruskan sokongan kepada kerajaan kerana banyak lagi projek rakyat belum lagi dilaksanakan.

Katanya, jika rakyat tidak bersama kerajaan maka ia akan menjejaskan rancangan kerajaan untuk melaksanakan projek pembanguan untuk dinikmati rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Sembang Muhibbah di Dewan Masyarakat Kampung Pemindahan Marudi di sini petang semalam.

PENGHARGAAN…Datuk Dr Penguang Manggil menerima cenderamata disampaikan Pengerusi Komuniti Madani, Hajijah Dollah. Foto: Jiku Jukuong

Beliau turut menyentuh pembinaan jalan baharu yang akan dibina dari Eastwood Valley Miri ke Marudi yang akan dikendalikan kontraktor dari Syarikat Shin Yang.

Jelas beliau, fasa kedua pembinaan jalan dari Marudi ke Kuala Melinau Mulu akan dikendalikan oleh Syariket Samling Bhd.

Katanya, upacara pecah tanah untuk pembinaan jalan-jalan baharu ini nanti bakal dilangsungkan sebelum Regata Baram pada Septemnber depan.

Tambahnya, jika pembinaan jalan ini siap kelak maka akan memudahkan lagi pergerakan untuk rakyat di kawasan Marudi dan Mulu.

Beliau turut menyentuh penyambungan pembinaan Tebingan Marudi dari Dewan Suarah Marudi ke Kampung Narum yang mana tebingan sungai ini akan menjadi tebingan terpanjang di Sarawak.

Pada majlis tersebut, Penguang turut menyempurnakan penyampaian cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 19 penerima terdiri daripada persatuan-persatuan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan lain yang berjumlah keseluruhan RM180,000.

Majlis tersebut anjuran Komuniti Madani Kampung Pemindahan dengan kerjasama JKKK Kampung Pemindahan Bahagian Melayu, JKKK Kampung Pemindahan Bahagian Cina dan Kampung Pemindahan Bahagian Orang Ulu (Kampung Muhibbah).

 Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka sumbang 18 kerusi baharu kepada KKIA Saratok
Next: Masjid moden bakal jadi mercu tanda perpaduan komuniti Islam Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.