Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rakyat Malaysia terkandas di negara Teluk diminta maklum penerbangan pulang
  • SEMASA

Rakyat Malaysia terkandas di negara Teluk diminta maklum penerbangan pulang

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Bantuan Ramadan di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tuanku, Mambau hari ini. Foto Bernama

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa negara Teluk dinasihatkan segera memaklumkan kepada kedutaan sekiranya telah memperoleh tempat dalam penerbangan pulang ke tanah air.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan mengemas kini data rakyat Malaysia serta memudahkan urusan pemantauan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan sentiasa memantau perkembangan keselamatan di negara-negara Teluk.

“Alhamdullilah keadaan keselamatan di sana nampaknya beransur pulih dan banyak ruang udara dibuka, secara berperingkat. Syarikat penerbangan sudah boleh menyambung semula perkhidmatan ke Arab Saudi, Qatar dan Dubai, membolehkan rakyat Malaysia yang terkandas selamat sampai ke tanah air,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Ramadan di Dewan Orang Ramai Taman Kelab Tuanku, Mambau, di sini, hari ini.

Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi yang memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang negara berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat beberapa individu yang tidak dapat dihubungi pihak kedutaan kerana dipercayai telah menaiki penerbangan pulang.

Justeru, katanya, rakyat Malaysia yang telah memperoleh tempat duduk penerbangan, terutamanya dari Jeddah, Madinah, Dubai, Doha dan Abu Dhabi perlu memaklumkan kedutaan bagi membolehkan Wisma Putra menguruskan baki rakyat Malaysia yang masih terkandas dengan berkesan. 

Selain itu, beliau turut menasihatkan mereka yang merancang lawatan ke negara-negara Teluk, termasuk menunaikan umrah supaya menangguhkan perjalanan buat sementara waktu sehingga keadaan lebih stabil. 

Terdahulu, Ahli Parlimen Rembau itu menyampaikan bantuan Ramadan kepada 3,500 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, membabitkan kos lebih RM600,000, termasuk warga emas dan golongan asnaf. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kempen Internet Selamat tingkatkan kesedaran warga emas agar lebih berwaspada
Next: Nasihat perjalanan rakyat Malaysia ke 10 negara Asia Barat kekal berkuat kuasa – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.