Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rakyat Malaysia ditahan di Thailand cuba seludup 250 haiwan liar ke India
  • JENAYAH

Rakyat Malaysia ditahan di Thailand cuba seludup 250 haiwan liar ke India

Utusan Sarawak 7 hours ago
LELAKI warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand kerana cuba menyeludup lebih 250 haiwan liar ke India. Foto: AFP

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kerana disyaki cuba menyeludup lebih 250 haiwan liar hidup ke India.

Dalam operasi bersama membabitkan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan serta beberapa agensi penguatkuasaan pada Ahad lalu, pegawai menahan suspek berusia 34 tahun itu kira-kira 3.45 pagi berhampiran pintu F3, Zon 3 terminal pelepasan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

Menurut pihak berkuasa Thailand, suspek dijadual menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose di Kolkata, India.

“Hasil pemeriksaan terhadap bagasi daftar masuknya menemukan haiwan hidup yang disembunyikan di dalam sebuah beg beroda termasuk dua ekor enggang gading, dua Patagonian mara, 62 iguana, lima ekor biawak, 100 mengkarung berlidah biru dan 80 penyu air tawar,” menurut pihak berkuasa Thailand dalam kenyataan.

Pihak berkuasa berkata suspek didakwa mengikut Akta Pemeliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar 2019, Akta Kastam 2017, Akta Wabak Haiwan 2015 dan Ordinan Diraja Perikanan 2015.

Dia kemudian diserahkan kepada penyiasat di Balai Polis Lapangan Terbang Suvarnabhumi untuk tindakan lanjut undang-undang.

Haiwan yang dirampas kebanyakannya masih hidup, telah diserahkan kepada pihak berkuasa hidupan liar dan perikanan untuk penjagaan, pengenalpastian spesies serta dijadikan bahan bukti dalam siasatan yang sedang dijalankan.

Pihak berkuasa turut memperluas siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan itu. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Seleweng diesel lewat malam gagal kaburi pihak berkuasa, stesen minyak diserbu KPDN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.