Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela
  • NASIONAL

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela

Utusan Sarawak 1 day ago

PUTRAJAYA: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.

“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Januari 2026.

“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana… Kesemua mereka telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar menambah bahawa ia  akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan maklumat lanjut jika perlu.- Bernama

Continue Reading

Previous: RM15 juta untuk dapur siswa, pastikan tiada mahasiswa ‘ikat perut’
Next: Karnival FLYSiswa 2026 di UPM 13 Januari – MOT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.