Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rakyat Malaysia boleh tebus BUDI95 guna aplikasi TNG eWallet
  • NASIONAL

Rakyat Malaysia boleh tebus BUDI95 guna aplikasi TNG eWallet

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia kini boleh menebus subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak yang mengambil bahagian di seluruh negara menerusi aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet, tanpa perlu menunjukkan MyKad.

TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital), syarikat yang menguruskan TNG eWallet dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna boleh menyemak kelayakan, menyemak baki subsidi dan membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Menurut syarikat itu, inisiatif berkenaan menawarkan tiga kelebihan utama kepada pengguna BUDI95 iaitu satu aplikasi untuk semua stesen minyak, tidak memerlukan MyKad fizikal serta pengalaman Setel bersepadu di stesen Petronas dalam aplikasi itu.

“Memandangkan semua pengguna TNG eWallet telah disahkan melalui proses elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (eKYC), mereka tidak perlu menunjukkan kad pengenalan fizikal di pam minyak atau kaunter,” menurut kenyataan itu.

TNG Digital menjelaskan setiap akaun dihubungkan dengan selamat kepada identiti yang telah disahkan dan peranti mudah alih pengguna, menawarkan cara yang lebih selamat dan mudah untuk menebus subsidi.

Syarikat itu turut memaklumkan beberapa video panduan telah diterbitkan di platform rasmi TNG Digital seperti Facebook, Instagram, TikTok, XHS, LinkedIn dan YouTube bagi membantu pengguna.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: MetMalaysia bangunkan sistem ramalan cuaca negara yang baharu
Next: Semua agensi siap siaga hadapi MTL bulan depan – NADMA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.